[PERSPEKTIF] ARSENAL KINI MEMILIKI PEMAIN TENGAH BERKUALITI

Arsène Wenger mengakui kini memiliki lebih banyak pilihan pemain tengah yang berada dalam prestasi terbaik. Arsenal turut berjaya mendapatkan Santi Cazorla dari Malaga pada jendela perpindahan musim panas lalu sementara Abou Diaby, Tomas Rosicky, Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong kembali kecederaan. Sementara itu, Mikel Arteta, Aaron Ramsey dan Francis Coquelin berada di prestasi terbaik sekaligus mewujudkan kepelbagaian di barisan tengah Arsenal.

“Ya, kami memiliki lebih pilihan  yang tidak pernah kami miliki sebelum ini. Itu semestinya terutama di bahagian midfielder,” kata pengurus berbangsa Perancis.

“Mengimbas kembali saat ketika kami kehilangan Wilshere dan Rosicky pada musim lalu di mana mereka pemain yang penting bagi kami. Namun, Ramsey, Coquelin dan Frimpong beraksi dengan baik. Kini, kami memiliki pilihan.”

“Dalam erti kata lain, kami memiliki kualiti dan kuantiti pemain tengah.”

Sementara itu, Arsène Wenger memuji persembahan mantap yang dipamerkan oleh Andrey Arshavin ketika menentang Coventry semalam dan mengakui pemain antarabangsa Russia itu masih layak mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal. Pemain berusia 31 tahun itu berjaya menjaringkan 1 gol serta 2 assist ketika membantu Arsenal menewaskan Coventry 6-1 awal pagi semalam.

“Ketika ini, persaingan begitu sengit (mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama). Dan apabila dia (Arshavin) diberi peluang dia membuktikan dia berhak untuk beraksi dalam pasukan ini.”

Seorang pemain muda, Emmanuel Frimpong juga kembali beraksi buat pertama kali menentang Coventry semalam setelah berehat panjang kerana mengalami kecederaan ACL ketika dipinjam ke Wolves Februari lalu.

“Kami memberikannya 20 minit dan dia tampak cergas. Semestinya dia mahu bermain dalam kesebelasan utama tetapi yang paling penting sekurang-kurangnya dia beraksi baik dalam 20 minit,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply