[PERSPEKTIF] ABOU DIABY KEMBALI

Pemain tengah Arsenal, Abou Diaby melaungkan amaran bahawa dia akan menebus kembali dari kekecewaan dan kehampaan sepanjang mengalami kecederaan sebelum ini.  Pemain berusia 26 tahun ini terlepas hampir keseluruhan musim lalu ekoran dimpit pelbagai kecederaan yang turut mengganggu prestasinya sebelum ini. Diaby turut cemerlang dalam tugasan antarabangsanya apabila menjaringkan gol kemenangan ketika membantu Perancis menewaskan Finland 1-0 kelmarin.

Pemain antarabangsa ini telah disenaraikan dalam kesebelasan utama Arsenal dalam tiga perlawanan pertama setakat ini termasuk ketika mempamerkan persembahan bertenaga menetang Liverpool hujung minggu lalu. Diaby turut kembali menyarung jersi skuad Les Blues Jumaat lalu setelah diketepikan hampir setahun.

Diaby turut menyatakan keyakinannya untuk mengekalkan kecergasan dan kembali menyerlah potensi sebenar bersama skuad bimbingan Arsene Wenger.

“Saya mengharungi detik-detik sukar dalam perjalanan karier saya sehingga adakalanya saya berasa sungguh tertekan bila menghadapi situasi-stituasi sukar. Namun, saya berusaha menyemai keyakinan yang tinggi dalam diri,” kata Diaby ketika ditemubual oleh Le Parisien.

“Saya sentiasa meletakkan diri saya bersama-sama orang yang turut berada lama situasi sukar. Apabila melihat Eric Abidal (yang terpaksa melakukan pembedahan pemindahan hati), anda akan berfikir dua kali untuk mengalah. Saya cuma mengalami kecederaan sahaja.”

“Saya berusia 26 tahun kini dan saya sedar ini merupakan penentu masa depan karier saya. Ini sangat penting dan saya perlu kembali musim ini. Tahun lalu, saya kembali mengalami kecederaan di saat saya hampir untuk kembali. Sama ada saya pulih dan terus beraksi atau saya kembali mengalami kecederaan dan disisihkan menjadi satu detik-detik sukar dalam karier saya.”

“Sekarang, saya perlu berhati-hati tentang segalanya dan tidak melepaskan peluang ini. Saya benar-benar matang dan buat pertama kali saya berjaya mengharungi jelajah pra-musim dengan berjaya bersama Arsenal. Musim ini sangat penting bagi saya dan saya akan berusaha kuat untuk berjaya.”

“Saya akan menuntut kembali masa-masa yang hilang kerana saya mahu membuktikan kemampuan sebenar saya. Saya semakin berada di kemuncak karier saya dan saya perlu membuktikan apa yang mampu saya lakukan di atas padang.”

“Saya tidak mahu terlepas lagi. Saya sedar dengan kualiti yang ada dalam diri saya dan saya mahu memanfaatkannya bersama Arsenal. Saya telah bermain dalam tiga perlawanan pertama musim ini dan saya berada sunggu baik dan akan cuba melakukan yang lebih baik. Secara fizikalnya, saya baru 70% pulih.”

Ketika Diaby mengenang kembali detik-detik ketika direhatkan kerana kecederaan, dia menyatakan berputus asa tiada ada dalam pilihannya.

“Apabila kamu mengharungi musim tanpa bermain, anda akan berasa sangat kecewa,” kata pemain tengah Perancis itu.

“Saya selalu bertenang dan bersabar tetapi musim lalu ini sentiasa bermain di fikiran saya.”

“Sebelum ini, saya tidak pernah khuatir sebelum mengalami kecederaan. Tetapi musim lalu sebelum perlawanan menentang Fulham, saya mengeletar ketika duduk di bangku simpanan kerana takut mengalami kecederaan sekali lagi. Ia sukar dibayangkan.”

“Setiap pemain mahu diberi peluang untuk bermain. Saya tidak akan berputus asa.”

“Ia merupakan sebahagian daripada suratan saya, ia sudah tertulis (untuk saya kembali). Saya akan bersaing untuk mendapat tempat saya dan bebas dari kecederaan untuk membuktikan keupayaan saya di atas padang,” kata Diaby lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply