[PERSPEKTIF] 3 PEMAIN YANG MENJADI ANCAMAN ARSENAL

Arsenal telah diundi dalam kumpulan B bersama wakil Jerman, Schalke 04 dan juara Liga Greece, Olympiakos serta juara Ligue 1 Perancis, Montpellier. Meskipun Arsenal melaungkan keyakinan untuk mengungguli kumpulan B dan diramal tidak menghadapi masalah besar untuk layak ke pusingan 16 kelab terbaik namun terdapat tiga nama yang bakal menjadi ancaman utama Arsenal pada peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/13.

1-Klass-Jan Huntelaar (Schalke 04) – Penyerang

Penyerang prolifik Belanda ini menjadi pengempur utama Schalke 04 musim lalu dan berjaya memenangi anugerah Kasut Emas Bundesliga musim lalu dengan meledak 29 gol dalam 32 penampilan dalam saingan Bundesliga setelah mengharungi episod suram sepanjang bersama Real Madrid. Pemain berusia 29 tahun ini sememangnya memiliki teknik dan kemahiran yang tinggi serta sentuhan penyudah yang berbisa.

Corak permainan terbuka Arsenal bakal mengundang masalah melalui serangan pantas lawan dengan Huntelaar bakal menjadi duri dalam daging buat Arsenal. Namun, kombinasi Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker diharap mampu mengekang setiap ancaman oleh Huntelaar sekaligus membantu Arsenal melayakkan diri ke saingan kalah mati nanti.

 2-Paulo Machado (Olympiacos) – Midfielder

Juara berganda Greece, Olympiacos berjaya mendapatkan khidmat pemain kelahiran Portugal ini dari kelab Perancis, Toulouse dengan bayaran perpindahan £2.15 juta. Pemain tengah kreatif ini diramal bakal menjadi watak penting memacu kejayaan Olympiacos musim ini. Machado berjaya melakukan 89 penampilan dengan menjaringkan 12 gol sepanjang 3 musim bersama Toulouse.

3-Younes Belhanda (Montpellier) – Sayap/Midfielder

Walaupun juara Ligue 1 Perancis itu kehilangan penyerang prolifiknya, Olivier Giroud yang menyertai Arsenal pada Julai lalu namun kelibat Younes Belhanda dilihat sebagai ancaman utama Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Pemain muda kelahiran Maghribi ini berjaya beraksi sebanyak 97 perlawanan dengan menjaringkan 16 gol sejak disenarai dalam skuad utama Montpellier pada 2009.

Pemain berusia 22 tahun ini memiliki corak permainan mirip lagenda Arsenal, Robert Pires yang memiliki adunan kepantasan dan kemahiran mengawal bola serta bijak dalam mencipta peluang buat pemain-pemain Montpellier. Keupayaannya bergerak dalam kawasan yang sempit dan melolosi kawalan pertahanan lawan menjadikan Belhanda bakal mengundang masalah buat benteng pertahanan Arsenal. Younes Belhanda merupakan antara tonggak utama kejayaan Montpellier apabila mencipta kejutan menjuang kejuaraan Ligue 1 musim lalu.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply