[PERPINDAHAN] WENGER HALANG HENDERSON DARIPADA DIPINJAMKAN

Pemain muda Arsenal, Conor Henderson mendedahkan bahawa Arsene Wenger telah menghalang perpindahannya secara pinjaman pada jendela perpindalan Ogos lalu kerana mahu Henderson meneruskan proses pembangunan bola sepaknya bersama Arsenal. Pemain skuad Republik Ireland B-21 itu cenderung untuk beraksi dalam skuad utama daripada beraksi bersama skuad simpanan yang tidak cukup untuk menyokong pembangunan kariernya.

Henderson memberitahu kepada Irish Independent : “Pengurus menghalang saya daripada dipinjamkan kerana dia mahu saya terus berada berhampiran dengan skuad utama Arsenal.”

“Ini merupakan musim terakhir kontrak saya bersama Arsenal dan saya mahu banyak bermain. Ini merupakan petanda baik bahawa pengurus melindungi saya tetapi keutamaan saya adalah untuk meneruskan karier saya.”

“Saya berharap perpindahan ini dapat diselesaikan selepas kembali daripada tugasan antarabangsa di mana jendela pinjaman pemain masih lagi dibuka. Saya bersama Arsenal sejak berusia 8 tahun namun sehingga kini saya sehingga kini saya cuma beraksi bersama skuad simpanan dalam liga baru B-21 tahun.

“Ini tidak cukup untuk perkembangan karier saya. Perancangan saya untuk menyertai kelab lain secara pinjaman dan beraksi dalam skuad utama. Jika tidak, saya mungkin akan meninggalkan Arsenal secara tetapi hujung musim ini.”

Henderson bakal genap 21 tahun dua hari lagi mengakui kesukaran menempatkan diri dalam skuad utama Arsenal.Dia sukar memahami mengapa Wenger mahu mengekalkan dirinya. Berdasarkan kontrak dan umurnya, ia pastinya sesuatu yang sangat bagus apabila melepasnya secara pinjaman dan membiarkan pengurus membuat keputusan mengenai perancangan jangka masa panjang kariernya.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply