[PERPINDAHAN] JUVENTUS SAMBAR NICKLAS BENDTNER

Penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner menyertai juara Serie A musim lalu, Juventus secara pinjaman sepanjang musim 2012/13. Meskipun berjaya menampilkan prestasi yang memberansangkan ketika beraksi bersama Denmark dalam kejohanan EURO 2012 Jun lalu, namun penyerang berusia 24 tahun itu masih gagal untuk memikat hati Arsene Wenger untuk menjadi pilihan utama rangkaian serangan Arsenal. Kehadiran dua penyerang baru ke Arsenal, Lukas Podolski dan Olivier Giroud menyaksikan Bendtner kian terdesak menuju pintu keluar dari Stadium Emirates.

Nicklas Bendter menyertai Arsenal dari FC Copenhagen ketika berusia 16 tahun pada musim panas 2004. Pemain kelahiran Denmark ini mendapat debut bersama The Gunners pada 25 Oktober 2005 ketika menentang Sunderland dan sehingga kini Bendtner telah beraksi sebanyak 157 kali dengan menjaring 45 gol sepanjang bersama Arsenal. Kontrak Bendtner masih berbaki sehingga 30 Jun 2013.

Musim lalu, Bendtner menghabiskan tempoh pinjaman bersama Sunderland dengan beraksi sebanyak 28 kali dan menyumbang 8 gol buat The Black Cat. Pemain berketinggian 1.95m turut pernah dipinjamkan ke Birmingham City pada musim 2006/07 berjaya melakukan 42 penampilan dan menjaringkan 11 gol. Nicklas Bendtner juga turut cemerlang bersama skuad kebangsaan Denmark dengan beraksi sebanyak 52 kali dan menyumbang 20 gol sejak 2006 hingga kini.

Buat Nicklas Bendtner, selamat maju jaya.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply