[PERPINDAHAN] GILIRAN FRANCIS COQUELIN PULA MAHU TINGGALKAN ARSENAL

Setelah beberapa pemain muda berbakat mulai meninggalkan Arsenal sejak dua musim yang lalu, terbaru Conor Henderson turut meluahkan keinginan yang sama setelah gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal. Kini seorang lagi pemain muda Arsenal, Francis Coquelin juga menyatakan hasrat untuk berhijrah ke kelab lain untuk mengembangkan lagi karier bola sepaknya.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa Arsenal memiliki ramai pemain-pemain tengah termasuk Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong yang bakal kembali Oktober ini setelah pulih daripada kecederaan sekaligus menyaksikan peluang Conor Henderson dan Francis Coquelin untuk beraksi dalam skuad utama Arsenal semakin tipis.

“Julai lalu, saya telah berjumpa pengurus (Arsene Wenger). Dia memberitahu yang skuad Arsenal kini memiliki pemain-pemain penuh dan dia turut menyenaraikan saya dalam skuadnya.”

“Mereka membuktikan bahawa mereka mempercayai saya apabila tidak mencari penganti kepada Alex Song uang berhijrah ke Barcelona.”

“Saya belum bermain dalam tiga perlawanan pertama musim ini. Ini menyebabkan saya terpaksa berfikir panjang. Tetapi jika saya mempunyai peluang saya akan mengambilnya.”

“Pada usia 21 tahun, saya tidak boleh bersabar lagi. Tahun ini saya perlu memecah untuk untuk mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal.”

“Saya memberi masa selama 6 bulan dan mungkin saya minta dilepaskan jika tidak mendapat peluang untuk bermain. Sememangnya sukar untuk memecah masuk dalam skuad utama Arsenal.”

Dengan kehadiran Diaby, Cazorla, Arteta, Ramsey, Arshavin, Frimpong dan Wilshere menyebabkan persaingan untuk tiga posisi pemain tengah sememangnya sukar. Saya rasa saya perlu memikirkanya secara serius pada perpindahan Januari nanti,” kata Coquelin lagi.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply