[PERPINDAHAN] BACARY SAGNA KOMITED BERSAMA ARSENAL

Arsène Wenger meramalkan Bacary Sagna akan kekal bersama Arsenal dan yakin bahawa pemain bek kanan itu masih kekal positif dengan masa depannya di Emirates. Baru-baru ini, Sagna menyatakan kekecawaannya dengan polisi Arsenal yang melepaskan pemain-pemain utama dan berpengalaman beberapa musim kebelakangan ini. Kontrak Sagna akan tamat pada musim panas 2014.

Pemain bek Perancis berusia 29 tahun itu kini sudah mulai menjalani latihan bersama skuad Arsenal selepas berehat hampir 4 bulan selepas mengalami patah kaki pada Mei lalu.

“Saya boleh katakan bahawa Sagna menyayangi kelab ini dan akan kekal di sini,” kata Arsene Wenger baru-baru ini,” kata Arsene Wenger.

“Dia (Sagna) tidak mahu komennya menjadi negatif tetapi kamu tidak mengelakan darpada mengeluarkan kenyataan.”

“Ya (saya saya bercakap dengannya). Sangat penting untuk memahami dia ingin kekal di sini. Apa yang ingin dia katakan tidak menjejaskan semangatnya.”

“Anda memiliki kebebasan untuk mengatakan apa sahaja tetapi yang paling penting adalah memahami apa maksud sebenarnya. Ini sangat penting untuk berkomunikasi dengan baik.”

“Mengenai kontrak baru Sagna akan dibincangkan,” tambah Wenger lagi.

“Saya menjangkakan dia akan kekal di sini dan saya mahukan dia kekal bersama kami. Kenyataanya disalah tafsirkan bahawa dia tidak mahu kekal di sini namun dia menunjukkan komitmen yang tinggi di atas padang – bersama pemain-pemain dan kelab.”

“Mengenai kekecewaannya (terhadap pemergian Song), Saya sememangnya memahaminya. Tetapi apabila anda melihat jumlah pemain-pemain tengah yang sedia ada, anda akan memahaminya.”

“Diaby sudah kembali pulih. Jadi, antara Arteta, Diaby, Cazorla dan Song, salah seorang terpaksa diketepikan,” kata Arsène Wenger lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply