[KOMENTAR] MARKO MARIN YAKIN CHELSEA MAMPU ATASI ARSENAL

Pemain tengah Chelsea, Marko Marin mengakui pasukannya bakal menghadapi satu perlawanan sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates malam ini. Chelsea kini berada gah di persada liga dengan 13 mata selepas 5 perlawanan. Namun, pemain antarabangsa Jerman berusia 23 tahun ini melaungkan keyakinan The Blues mampu menewaskan Arsenal sekaligus meraih 3 mata berharga.

Marko Marin turut berharap dirinya diturunkan buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menyertai Chelsea dari Werder Bremen pada musim panas lalu. Pemain tengah Jerman ini juga melaungkan keyakinan bahawa pertahanan The Blues mampu merantai kelibat rangkaian penyerang  Arsenal terutama Lukas Podolski.

“Saya tidak pasti sama ada Arsenal sudah menentang pasukan yang hebat seperti kami,” kata Marko Marin baru-baru ini.

“Saya mengenali Lukas (Podolski) dalam skuad kebangsaan Jerman dan dia bermula dengan baik dengan menjaringkan beberapa gol (bersama Arsenal).

“Tetapi kami memiliki pemain pertahanan yang bagus dan Branislav (Ivanovic) beraksi dengan di posisi bek kanan. Ia mungkin akan menyukarkan Lukas apabila beraksi menentang kami.”

“Pastinya kami sangat yakin (merantai Podolski). Saya tahu Branislav (Ivanovic) merupakan antara pertahanan terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini. Saya tidak meraguinya.”

Pemain antarabangsa Jerman kelahiran Yugoslavia ini yakin Chelsea mampu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.  Chelsea kini gah mencatatkan 4 kemenangan dam sekali seri dalam saingan awal liga musim ini.

“Jika anda memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, anda memerlukan pemain-pemain yang berkualiti.”

“Chelsea melakukan perubahan drastik musim ini dengan membawa masuk pemain-pemain baru dan kini The Blues tampik lebih menyengat dengan corak permainan yang terbuka,” kata Marin lagi.

Marko Marin mengakui dirinya kini cergas sepenuh dari kecederaan hamstring dan berjaya mendapat debut bersama Chelsea dalam saingan Piala Capital One apabila masuk mengantikan Juan Mata pada minit ke-70 ketika The Blues menewaskan Wolves 6-0 Rabu lalu. Dia kin mahu lebih menyumbang bersama skuad Chelsea dan bersedia bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Ini satu permulaan musim yang sukar bagi saya. Saya mengalami kecederaan hamstring. Namun kini, saya kembali pulih  dan sedia untuk beraksi.”

“Dengan keadaan saya yang sudah cergas, saya mahu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Pastinya lebih baik jika saya dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Arsenal.”

“Ianya sangat istimewa kerana ada dua rakan sepasukan saya dalam skuad Jerman bermain di sana. Semoga saya akan diberi peluang,” ujar pemain berusia 23 tahun itu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply