[KOMENTAR] FABREGAS MAHU BERSARA DI BARCELONA

Cesc Fabregas menafikan bahawa dirinya tidak gembira berada dibangku simpanan sebaliknya menegaskan dia kini bersedia bersedia merebut tempat dalam skuad utama bimbingan Tito Vilanova. Bekas pemain tengah Arsenal itu dilaporkan kecewa setelah gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Barcelona musim ini sekaligus menimbulkan spekulasi yang mengaitkan kepulangannya ke Arsenal.

Namun, pemain berusia 25 tahun mendakwa laporan tersebut telah diperbesar-besarkan dan dia sebaliknya mahu menamatkan kariernya bersama kelab remajanya itu. Fabregas kembali ke Nou Camp setelah mengharungi 8 musim bersama The Gunners apabila melengkapkan perpindahan bernilai £35 juta pada 15 Ogos tahun lalu.

“Saya mahu menafikan salah faham yang berlaku. Saya baik, sangat gembira di sini bersama kelab ini dan mendapat sokongan kuat daripada peminat-peminat dan kelab,” kata Fabregas menerusi laman Twitternya.

“Semua situasi ini telah diperbesar-besarkan.”

“Saya gembira. Saya di kelab yang saya mahu berada untuk tahun-tahun mendatang. Buat masa ini saya sangat tenang (di Barcelona).”

“Saya akan melakukan tugas saya dan berusaha untuk mengharungi situasi sukar ini untuk jurulatih saya.”

“Tetapi tidak mudah untuk saya mendapat tempat di sini. Saya akan terus berusaha dan memandang positif dengan situasi sekarang. Saya berada di sini dan ingin menamatkan karier saya bersama Barcelona,” kata Fabregas lagi.

This entry was posted in Komentar. Bookmark the permalink.

Leave a Reply