[KOMENTAR] CESC FABREGAS TIDAK GEMBIRA DI BARCELONA

Cesc Fabregas tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya musim ini setelah gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Barcelona musim ini. Bekas kapten Arsenal itu memulakan aksi tiga perlawanan musim setakat ini dengan hadir selaku pemain simpanan termasuk ketika kelab Catalan itu menewaskan Valencia 1-0 di Nou Camp hujung minggu lalu.

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 25 tahun itu meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan dianggarkan £35 juta pada Ogos tahun lalu dan berjaya mendapat tempat dalam skuad bimbingan Pep Guardiola dengan menjulang beberapa kejuaraan sepanjang musim lalu termasuk Piala Super Sepanyol 2011, Piala Kelab-Kelab Dunia FIFA 2011 dan Copa Del Rey 2011/12.

Pengunduran Pep Guardiola yang digantikan dengan Tito Vilanova hujung musim lalu menyaksikan bekas kapten Arsenal itu kian disisihkan. Percaturan taktikal pengendali baru Barcelona itu hanya meletakan wira Sepanyol yang menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sekadar berada dibangku simpanan.

“Tiada maknanya beraksi selaku pemain simpanan yang hebat dalam dunia bola sepak. Saya tidak boleh menerangkan apa yang menjadikan pemain simpanan yang hebat.”

“Saya sentiasa inginkan rakan sepasukan saya dalam keadaan baik dan meletakan kecerian di wajah mereka. Jika saya boleh meninggalkan wajah duka di rumah, saya akan melakukannya agar rakan-rakan sepasukan dan pengurus tidak dapat melihatnya.”

Fabregas kini bersaing hebat untuk beraksi di bahagian midfielder dengan Andres Iniesta, Xavi, Sergio Busquets dan pemain baru, Alex Song yang juga merupakan bekas rakan sepasukan di Arsenal.

“Setiap orang mahu beraksi setai perlawanan. Saya sering mengatakan bahawa saya bermain untuk pasukan terbaik di dunia tetapi saya datang ke sini untuk bersaing, untuk belajar, dan gembira bukannya untuk duduk di bangku simpanan.”

“Pengurus (Vilanova) tahu apa yang saya mampu berikan. Tetapi untuk merebut 3 posisi ini, saya bersaing dengan 3 pemain terbaik di dunia.”

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada pasukan tetapi jika pengurus mahukan saya beraksi, saya akan turun bermain.”

Sumber : www.soccernet.espn.go.com

This entry was posted in Komentar. Bookmark the permalink.

Leave a Reply