[KOMENTAR] ARSENAL KINI SUDAH KEMBALI – JOSE MOURINHO

Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho mengakui Arsenal kini bakal mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim in. Pengendali berbangsa Portugis itu percaya bahawa kehilangan dua tonggak utama Arsenal, Robin van Persie dan Alex Song pada jendela perpindahan musim panas lalu menjadikan Arsenal tampil lebih kuat musim ini.

Kehadiran Lukas Podolski, Olivier Giroud dan Santi Cazorla berjaya menjadi nadi kekuatan Arsenal apabila mengharungi kempen liga musim dengan rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan setakat ini

“Saya menghormati Arsene (Wenger) dan Arsenal kini sudah kembali,” kata Mourinho kepada Sky Sports baru-baru ini.

 “Saya suka pasukan Arsenal ini. Saya tahu mereka kehilangan tonggak utama (Robin van Persie dan Alex Song) tetapi saya suka cara Arsene (Wenger) membina skuad ini dan saya rasa mereka kini lebih positif dalam memburu kejuaraan.”

Bekas pengurus Chelsea ini juga pernah beberapa kali mencetuskan perbalahan ketika mengendalikan kelab yang berpangkalan di barat London itu namun Mourinho mengakui dia menghormati Arsenal dan mengatakan bahawa hubungan dingin antara kedua-dua pasukan ini adalah lumrah dalam sesebuah pertandingan.

“Saya bukan kritikal (terhadap Arsenal suatu ketika dahulu). Tetapi apabila anda bersaing dalam kejuaraan yang sama dan seteru utama datang dari bandar yang sama degan anda serta bersaing dalam perlawanan derby merebut kejuaraan, ia adalan normal jika wujud situasi yang agak tegang. Namun, saya masih menghormati mereka (Arsenal) di sana,” jelas pengendali berbangsa Portugis berusia 49 tahun itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Comments are closed.