[KOMENTAR] ARSENAL KINI PENCABAR UTAMA KEJUARAAN – MANCINI

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengakui Arsenal kini merupakan pencabar utama kejuaraan walaupun kehilangan pemain utama pada perpindahan musim panas lalu – Robin van Persie yang berhijrah ke Man United dan Alex Song menyertai Barcelona. Skuad Arsenal kini berada di kedudukan kelima liga dengan 9 mata selepas 5 perlawanan.

Mancini berkata kepada Sky Sports : “Arsenal boleh bersaing untuk merebut kejuaraan musim ini berbanding musim lalu meskipun kehilangan beberapa pemain utama. Mungkin kerana mereka kurang menghadapi tekanan musim ini. Mereka (Arsenal) kehilangan Robin van Persie dan Alex Song tetapi mereka membawa masuk pemain-pemain berkualiti dan berpengalaman.”

Arsenal berjaya mendapatkan Lukas Podolski yang berjaya menjaringkan 3 gol dari 5 perlawanan setakat ini sekaligus membantu The Gunners melupakan bekas penyerang prolifik, Robin van Persie. Skuad bimbingan Arsene Wenger turut berharap dapat mengekalkan momentum rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan liga setakat ini.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply