[KECEDERAAN] WILSHERE, SAGNA BAKAL KEMBALI JALANI LATIHAN

Jack Wilshere dan Bacary Sagna semakin hampir untuk kembali menjalani latihan penuh bersama skuad Arsenal selepas rehat perlawanan antarabangsa 11 September nanti menurut pengurus Arsenal, Arsène Wenger. Pemain muda berbakat Arsenal itu disisihkan sejak Ogos tahun lalu selepas mengalami kecederaan semasa jelajah pra-musim di New York manakala bek kanan Arsenal, Bacary Sagna pula kembali dihimpit kecederaan setelah mengalami patah kaki kali kedua pada Mei lalu.

Kedua-dua bintang Arsenal itu terlepas aksi untuk mewakili negara masing-masing dalam kejohanan EURO 2012 yang berlangsung di Poland dan Ukraine Jun lalu. Namun, Wilshere dan Sagna bakal kembali menjalani latihan penuh bersama skuad Arsenal selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu hadapan.

“Selepas rehat perlawanan antarabangsa, mereka akan turun menjalani latihan penuh bersama skuad,” kata Arsène Wenger dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Liverpool hujung minggu ini.

Sementara itu, pertahanan tengah Laurent Koscielny pula pulih sepenuhnya dan sedia untuk diturunkan menentang Liverpool esok setelah direhat selama 2 minggu selepas mengalami kecederaan betis. Penjaga gol utama Arsenal, Wojciech Szczesny pula bakal menjalani ujian kecergasaan selepas diketepikan pada perlawanan menentang Stoke City hujung minggu lalu kerana mengalami kesakitan tulang rusuk.

This entry was posted in Kecederaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply