[BULETIN] KECEDERAAN THOMAS VERMAELEN TIDAK SERIUS

Thomas Vermaelen menolak spekulasi yang mendakwa dirinya mengalami kecederaan serius. Pertahanan tengah Arsenal itu mengalami kecederaan semasa membantu Arsenal menewaskan Liverpool hujung minggu lalu. Buku lali Vermaelen kelihatan berbalut semasa turun menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Belgium Rabu lalu dalam persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Wales dan Croatia.

Namun, pemain berusia 26 tahun itu menolak cadangan agar dia diketepikan daripada perlawanan antarabangsa untuk kembali menjalani pemulihan bersama Arsenal.

“Keadaan baik – cuma buku lali saya tetapi semuanya masih lagi baik,” kata Vermaelen kepada Sky Sports.

Vermaelen dinamakan selaku kapten Arsenal yang baru musim ni selepas pemerian Robin van Persie ke Manchester United berjaya memimpin barisan pertahanan mengekalkan rekod tanpa bola dalam 3 perlawanan awal Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Vermealen turut menghambur pujian kepada penolong pengurus Arsenal, Steve Bould yang banyak membantu mengatasi kepincangan pertahanan.

“Dia (Steve Bould) kini penolong pengurus Arsenal yang memiliki pengalaman luas bersama Arsenal di peringkat tertinggi. Kami bekerja keras untuk bertahan dengan baik dan anda boleh saksikan dalam perlawanan tanpa bolos setakat ini,” kata kapten Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply