[KECEDERAAN] SZCZESNY TERLEPAS AKSI MENENTANG MONTPELLIER

Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny diketepikan daripada skuad yang bakal berkunjung ke Stade de Mosson, Montpellier selepas mengalami kecederaan buku lali. Vito Mannone sekali lagi bakal mengalas tugas selaku benteng terakhir Arsenal selepas cemerlang tanpa bolos dalam dua perlawanan liga menentang Stoke City dan Liverpool.

Sabtu lalu, Szczesny melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran Jason Puncheon yang membolehkan Daniel Fox menjaringkan gol sekaligus menamatkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan liga. Namun, Wenger mengakui kecederaan itu tidak serius dan Szczesny akan kembali beraksi berama skuad Arsenal tidak lama lagi. Penjaga gol muda Arsenal, James Shea dipanggil untuk mengalas cabaran perlawanan esok.

Sementara itu, Abou Diaby bakal kembali ke dalam skuad utama bersama Laurent Koscielny selepas direhatkan pada aksi menentang Southampton tempoh hari. Olivier Giroud pula bakal kembali beraksi bersama bekas kelabnya dalam aksi pembukaan kumpulan B saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Senarai 23 Pemain Untuk Perlawanan Menentang Montpellier

Vito Mannone
James Shea
Carl Jenkinson
Kieran Gibbs
Thomas Vermaelen
Per Mertescker
Laurent Koscielny
Abou Diaby
Mikel Arteta
Santi Cazorla
Francis Coquelin
Aaron Ramsey
Theo Walcott
Andre Santos
Olivier Giroud
Gervinho
Lukas Podolski
Alex Oxlade-Chamberlain

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply