[KECEDERAAN] STATUS TERBARU KECEDERAAN – 14 SEPT 2012

Arsène Wenger kini sedang mempersiapkan pasukan bagi perlawanan menentang Southampton hujung minggu ini di Emirates selepas Liga Perdana Inggeris berehat selema seminggu bagi memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan persahabatan antarabangsa. Beberapa pemain dikhabarkan cergas dan sedia diturunkan menghadapi Southampton Sabtu ini.

Wojciech Szczesny kini cergas sepenuhnya dan sedia untuk mengambil tempat dalam kesebelasan utama Arsenal yang sebelum ini digalas oleh Vito Mannone. Penjaga gol berusia 21 tahun terpaksa berehat selama 2 minggu selepas mengalami kecederaan tulang rusuk pada aksi pembukaan 18 Ogos lalu. Sementara itu, Lukasz Fabianski dilaporkan mengalami kecederaan baru setelah pulang dari tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Poland.

Abou Diaby pula bakal menjalani ujian kecergasan pagi Jumaat ini untuk menentukan tahap kecederaannya. Namun, peluang Diaby untuk diturunkan adalah 50:50 selepas mengalami masalah otot ketika membantu Perancis menewaskan Finland Jumaat lalu. Arsene Wenger kemungkinan besar akan merehatkan pemain tengah Perancis itu ekoran jadual yang ketat sepanjang September ini.

Theo Walcott pula dilaporkan mengalami jangkitan virus dan terlepas perlawanan antarabangsa ketika England seri 1-1 dengan Ukraine. Walcott bakal kembali hari ini dan kemungkinan besar bersedia diturunkan pada pelawannan Sabtu ini. Namun, paskan masih melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan Walcott benar-benar bersedia. Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen pula dikhabarkan sedia diturunkan Sabtu ini selepas mengalami kecederaan ringan ketika menentang Liverpool dua minggu lalu.

Sementara itu, Jack Wilshere, Bacary Sagna dan Emmanuel Frimpong pula sudah kembali menjalani latihan penuh dan bersedia untuk turun beraksi dalam tempoh dua minggu lagi. Manakala Tomas Rosicky turut pulih dari kecederaan betis dan bersedia untuk kembali kedalam skuad dalam tempoh 2-3 minggu lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Kecederaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply