[KECEDERAAN] KHABAR GEMBIRA MENGENAI VERMAELEN, GIROUD

Dua pemain utama Arsenal dilaporkan mengalami kecederaan ketika rehat perlawanan antarabangsa hujung minggu ini. Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala penyerang baru Arsenal, Olivier turut diketepikan dalam aksi kelayakan Piala Dunia lantaran mengalami kecederaan otot. Namun, kelibat kedua-dua pemain ini tidak serius dan dijangka kembali beberapa hari lagi.

Jurulatih kebangsaan Perancis, Didier Deschamps dilaporkan berkata “Dia (Giroud) sebahagian daipada skuadnya di mana dia mungkin akan diturunkan dalam perlawanan esok (menentang Belarus). Kecederaan ototnya tidak serius, saya akan memerikan dia lebih masa. Saya akan mempertimbangkan Giroud jika dia benar-benar cergas sepenuhnya.”

Sementara itu, Thomas Vermaelen turut merisaukan kem Arsenal selepas kelihatan mengalami kecederaan semasa menentang Liverpool hujung minggu lalu. Pemain antarabangsa Belgium berusia 26 tahun itu dilaporkan kelihatan turun menjalani latihan dengan buku lali yang berbalut. Namun, Vermaelen menegaskan kecederaannya tidak serius dan sedia kembali beraksi bersama Arsenal minggu hadapan.

Sementara itu, penjaga gol utama Arsenal Wojciech Szczesny juga dilaporkan sudah pulih dari kecederaan rusuk dan bakal diturunkan dalam perlawanan menentang Southampton miggu depan. Kecederaan yang meimpa Szczesny menyaksikan rakan sepasukan, Lukasz Fabianski dipanggil untuk aksi antarabangsa bersama skuad kebangsaan Poland minggu ini.

Kelibat Jack Wilshere (buku lali), Tomas Rosicky (betis), Bacary Sagna (patah kaki) dan Emmanuel Frimpong (lutut) pula yang telah berehat panjang turut bakal menjalani latihan penuh minggu ini dan dijangka cergas sepenuhnya awal Oktober nanti.

This entry was posted in Kecederaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply