[KECEDERAAN] ABOU DIABY MUNGKIN DISISIHKAN DARI AKSI MENENTANG BELARUS

Pengendali Perancis, Didier Deschamps mengakui pemain tengah Arsenal, Abou Diaby kini dalam keraguan untuk diturunkan dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Belarus awal pagi nanti di Stade de France. Terdahulu, Les Bleus berjaya memenangi perlawanan pertama menentang Finland 1-0 pada aksi pembukaan Jumaat lalu menerusi jaringan tunggal Abou Diaby pada minit ke-20.

Deschamps menimbulkan kebimbangan mengenai kecergasan pemain berusia 26 tahun itu selepas perlawanan pertama Jumaat lalu dengan keletihan menjadi faktor utama dan mengakui Diaby memerlukan rehat yang cukup. Pemain kelahiran Paris itu menghadapi kecederaan ringan dan mungkin tidak dapat diturunkan pada aksi perlawanan menentang Belarus.

Pengendali berusia 43 tahun itu berkata : “Ia mungkin sukar untuk menghadapi perlawanan esok (awal pagi ini).”

“Dia (Diaby) mengalami kecederaan ringan apabila mengalami masalah otot. Dia mungkin lebih memahami keadaan daripada semua orang (untuk cergas).”

“Sebelum mempertimbangkan selepas Diaby kembali dari kecederaan dan mengambil tempat dalam skuad, kami sepatutnya tidak menghadapi sebarang masalah.”

Diaby kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan Perancis selepas mempamerkan prestasi mantap bersama Arsenal dalam aksi awal musim ini termasuk ketika membantu Arsenal menewaskan Liverpool 2-0 di Anfield. Musim lalu, bekas pemain Auxerre itu terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan serius yang dihadapinya.

Incoming search terms:

  • definisi kecederaan ringan
This entry was posted in Kecederaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply