[KECEDERAAN] ABOU DIABY AKAN BEREHAT ENAM HARI

Abou Diaby yang menampilkan aksi cemerlang bersama Arsenal dan skuad kebangsaan Perancis terpaksa berehat 6 hari sebelum sedia untuk turun beraksi. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan semasa tugasan antarabangsa bersama skuad Perancis Jumaat lalu menyaksikan Les Bleus menewaskan Finland 1-0 di Helsinki.

Namun, Diaby terpaksa disisihkan dari skuad bimbingan Didier Deschamps yang mencatatkan kemenangan kedua 3-1 ke atas BelarusĀ  dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 awal pagi semalam.Arsene Wenger mengesahkan kecederaan Diaby tidak serius tetapi kemungkinan tidak sempat pulih untuk perlawanan Sabtu ini menentang Southampton.

“Dia (Diaby) mengalami sedikit kesakitan di pinggul, pada otot sartorius,” kata Arsene Wenger.

“ia tidak serius bagi kami. Namun peluangnya untuk beraksi Sabtu ini sangat tipis.”

Situasi ini jelas melegakan Arsene Wenger yang mengharapkan sentuhan Diaby dalam membentuk gandingan mantap bersama Mikel Arteta dan Santi Cazorla selepas pemergian Alex Song hujung bulan lalu. Abou Diaby mungkin kembali diturun dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Montpellier pada Selasa depan.

This entry was posted in Kecederaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply