[EPL] PERTEMBUNGAN EPIK DUA MUSUH TRADISI

Aksi penuh emosi dan drama bakal mewarnai pertembungan dua musuh tradisi antara Liverpool dan Manchester United di Anfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam ini. Liverpool pastinya mahu bangkit setelah gagal mempamerkan persembahan pada permulaan liga musim ini sebenar sementara Man United pula mahu memburu kemenangan bagi terus mencabar Chelsea yang kini berada di puncak liga.

Liverpool mahu menjadikan pertembungan itu bagi memberikan penghormatan kepada para penyokong yang terkorban dalam tragedi Hillsborough pada 1989. Situasi itu bakal meredakan kemarahan kesemua ahli keluarga seramai 96 mangsa yang terkorban semasa skuad The Reds menentang Nottingham Forest dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Untuk rekod, ia merupakan aksi pertama Liverpool di Stadium Anfield sejak laporan mengenai insiden itu didedahkan kepada umum oleh sebuah panel bebas baru-baru ini yang dilaporkan tidak memihak kepada keluarga mangsa.

Dalam perlawanan tersebut, kapten kedua-dua pasukan, Steven Gerrard dan Nemanja Vidic dijangka melepaskan 96 belon ke udara sebelum sepak mula sebagai simbolik memperingati mangsa yang terkorban.

“Saya harap perlawanan ini akan berlangsung dengan lancar demi memberikan penghormatan kepada kesemua mangsa yang maut dalam tragedi itu,” kata pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.

Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson pula memberitahu: “Kami sentiasa menyokong Liverpool dalam hal ini.”

“Ia merupakan satu perlawanan yang cukup beremosi dan kami bersedia menyokong mereka sebaik mungkin bagi memperingati tragedi itu.”

Pertembungan itu juga dilihat cukup menarik apabila membabitkan pertemuan semula pemain kedua-dua pasukan, Luis Suarez dan Patrice Evra. Suarez pernah digantung 8 perlawanan musim lalu kerana didapati bersalah melemparkan kata-kata berunsur perkauman kepada Evra dalam satu aksi liga pada 15 Oktober tahun lalu menyaksikan Man United menang 2-1.

This entry was posted in EPL and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply