[EPL] MANCHESTER CITY MENANTI KUNJUNGAN ARSENAL

Arsenal bertandang ke Stadium Etihad penuh debaran untuk melebarkan rekod tanpa kalah dalam 4 perlawanan liga setakat ini sementara itu Manchester City pula dipalit duka ekoran kekalahan 3-2 ditangan Real Madrid di Santiago Bernabue Rabu lalu. Kedua-dua mengharap 3 mata penuh bagi terus mencabar kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsene Wenger bakal kehilangan penjaga gol utama, Wojciech Szczesny yang terus direhatkan selepas mengalami kecederaan buku lali. Khabar gembira buat kem Arsenal apabila Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong kembali menjalani latihan penuh selepas pulih dari kecederaan. Pengurus City pula bakal kehilangan Samir Nasri yang mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Real Madrid Selasa lalu.

The Gunners sekali lagi bakal mempertaruhkan skuad yang sama ketika menewaskan Montpellier Selasa lalu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan Vito Mannone terus megalas tugas selaku penjaga gol Arsenal. Thomas Vermaelen, Per Mertesacker, Carl Jenkinson dan Kieran Gibbs akan terus bergandingan di bahagian pertahanan.

Abou Diaby, Santi Cazorla dan Mikel Arteta terus menjadi nadi dalam mengerakkan bahagian tengah Arsenal. Olivier Giroud terus diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan Arsenal dibantu oleh Lukas Podolski dan Gervinho yang beraksi di posisi sayap kiri dan sayap kanan.

Sementara itu, pengurus City Roberto Mancini dijangka akan melakukan sedikit rombakan terhadap skuad yang beraksi menentang Real Madrid dengan memasukan Joleon Lescott bagi mengantikan Matija Nastasic serta memasukkan David Silva bagi mengantikan Nasri yang cedera. Pablo Zabaleta pula bakal beraksi di posisi bek kanan mengantikan Maicon yang maish dalam proses penyesuaian diri di Etihad.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 23 September 2012

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Pengadil : Mike Dean

Ramalan : Manchester City (0) vs Arsenal (2)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal cuma memenangi sekali daripada 14 perlawanan terakhir yang dikendalikan oleh pengadil Mike Dean.
  • Manchester City hanya menjaringkan 1 gol daripada 5 perlawanan terakhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
  • Empat kad merah dilayangkan dalam 4 pertemuan terakhir antara Manchester City dan Arsenal.
  • Arsenal cuma tewas sekali dalam 10 perlawanan terakhir di tempat lawan.
  • Manchester City memenangi 29 perlawanan dan seri 2 kali dalam 31 perlawanan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri sejak Disember 2010.
  • Santi Cazorla menghasilkan paling banyak peluang berbanding pemain-pemain lain dengan 14 peluang.
  • Manchester City tidak tewas dalam 10 perlawanan terakhir di mana kali terakhir The Citizen tewas pada 8 April 2012 kepada Arsenal di Emirates.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply