[EPL] MAN UNITED BANGKIT BENAM LIVERPOOL

Liverpool terus dirundung malang musim ini apabila terus gagal mencatatkan kemenangan dalam 5 perlawanan liga setakat ini sekaligus terperosok di zon penyingkiraan dengan 2 mata. Manakala Manchester United terus gah menghambat kedudukan Chelsea dipuncak Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan musuh tradisi, Liverpool 2-1 di Anfield kelmarin.

Sebelum perlawanan bermula. Ryan Giggs telah mengetuai pasukan Red Devils dan melepaskan 96 belon bersama kapten Liverpool, Steven Gerrard sebagai penghormatan kepada mangsa Hillsborough itu.

Kedua-dua pasukan bermula garang dengan mengasak mencari gol awal perlawanan oleh kedua-dua pasukan. Liverpool lebih banyak mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama. Namun penyokong The Kop tersentak apabila pemain tengah Liverpool, Jonjo Shelvey dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan kasar ke atas Jonny Evans pada minit ke-38.

Walaupun beraksi dengan 10 orang, Liverpool berjaya mengejutkan United dengan jaringan cantik Steven Gerard pada minit ke-46 setelah menerima hantaran silang Jesus Fernandez Saezdi. Namun kegembiraan itu tidak lama apabila anak-anak buah Sir Alex Ferguson menyamakan kedudukan menerusi gerakan solo Rafael da Silva yang melepaskan satu rembatan menarik dari sudut sukar menewaskan Pepe Reina lima minit berselang.

Jaringan penalti kontroversi yang diambil Robin Van Persie pada minit ke-81 memusnahkan hajat The Kops meraih sekurang-kurangnya satu mata. Ia berikutan sepakan penalti tersebut yang menjadi penentu kemenangan Red Devils dibantu oleh keputusan pengadil yang kurang tepat kerana ulang tayang perlahan menunjukkan Antonio Valencia seolah-olah sengaja menjatuhkan badan apabila dirapati Glenn Johnson.

Kekalahan itu meletakkan Liverpool kini berada dalam zon penyingkiran dengan hanya mengutip dua mata daripada lima perlawanan sementara United terus mengekori Chelsea di tangga teratas dengan dipisahkan satu mata.

Perlawanan itu juga turut menarik perhatian apabila Luis Suarez dan Patrice Evra yang terlibat dalam insiden perkauman musim lalu akhirnya bersalaman sebelum perlawanan bermula sekali gus menamatkan persengketaan mereka berdua selama ini.

This entry was posted in EPL and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply