[EPL] LONDON DERBY – ARSENAL MENANTI KUNJUNGAN CHELSEA

Arsenal bakal menanti kunjungan Chelsea dalam perlawanan London Derby malam ini di Stadium Emirates. Pertembungan ini pastinya menjanjikan aksi sengit dengan kedua-dua pasukan ingin terus melebarkan rekod tanpa kalah dan ingin meraih mata maksimum bagi mengukuh cengkaman di kedudukan teratas liga. Chelsea kini gah memimpin tahta Liga Perdana Inggeris dengan 13 mata sementara Arsenal kini berada di kedudukan ke-5 dengan 9 mata.

Vito Mannone akan terus diberi tugas untuk mengawal gawang Arsenal selepas Szczesny terus disisihkan ekoran belum pulih dari kecederaan. Thomas Vermaelen pula akan kembali memimpin pasukan dan akan terus bergandingan bersama Mertesacker di posisi pertahanan tengah. Carl Jenkinson dan Kieran Gibbs akan terus menjadi pilihan mengisi posisi bek kanan dan bek kiri Arsenal malam ini.

Abou Diaby dan Mikel Arteta kekal beraksi di bahagian tengah Arsenal sementara Santi Cazorla terus bertindak selaku attacking midfielder Arsenal. Gervinho bakal kembali ke posisi asal sebagai pemain sayap kiri setelah gagal menyerlah ketika beraksi selaku center foward sementara Aaron Ramsey sekali lagi dijangka akan diturunkan selaku pemain sayap kanan ekoran prestasi cemerlang yang dipamerkan ketika menentang Manchester City.

Lukas Podolski bakal menjadi target man dalam perlawanan ini setelah mendpat rehat yang cukup sepanjang minggu ini. Sementara itu, Olivier Giroud yang berjaya menjaringkan gol pertamanya bersama Asenal akan direhatkan ekoran telah beraksi penuh ketika menentang Coventry dua hari lalu dalam saingan Piala Capital One dan dijangka akan menjadi pemain gantian dalam perlawanan malam ini.

Di kem Chelsea pula, Roberto de Matteo bersedia menurunkan skuad terbaik mereka dengan hampir kesemua pemain-pemain The Blues bebas dari kecederaan serius dengan Lampard berada dalam keraguan selepas mengalami kesakitan di bahagian buku lali. Kapten Chelsea, John Terry bakal membentuk gandingan bersama David Luiz, Branislav Ivanovic dan Ashley Cole di bahagian pertahanan.

Frank Lampard, Ramires dan John Obi Mikel bakal mengemudi jentera tengah Chelsea sementara Eden Hazard dan Juan Mata akan mengisi posisi sayap kanan dan sayap kiri. Penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres pula terus menjadi penyerang tunggal untuk merobek gawang Arsenal malam ini.

Kedua-dua pasukan dijangka akan mengamalkan corak permainan terbuka dengan aksi berbalas serangan. Penguasaan kawalan bola bakal menjadi milik Arsenal dengan keupayaan pemain-pemain The Gunners melakukan hantaran-hantaran tepat dan sempurna di samping kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. Satu lagi perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga musim ini.

SANTI CAZORLA VS EDEN HAZARD

Kelibat kedua-dua pemain ini bakal menjadi penentu kejayaan masing-masing yang menaam impian untuk meraih 3 mata berharga. Santi Cazorla menjadi nadi kecemerlangan Arsenal setakal ini dengan menjaringkan satu gol serta menghasilkan 2 assist. Namun, pemain antarabangsa Sepnyol sering melakukan asakan berbahaya menerusi rembatan jarak jauh dan hantaran-hantaran cantik kepada rakan sepasukan.

Sementara itu, Eden Hazard pula tampil selaku pemain Chelsea paling cemerlang setakat ini dengan menjaringkan satu gol serta menghasilkan 4 assist dalam 5 perlawanan musim ini. Keupayaan menggelecek dan mencipta ruang buat rakan penyerang menjadikan pemain sebagai key-player Chelsea musim ini.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 29 September 2012

Waktu : 7.45 malam (waktu Malaysia)

Pengadil : Martin Atkinson

Ramalan : Arsenal (2) vs Chelsea (0)

FAKTA MENARIK

  • Kemenangan ke atas Chelsea malam ini bakal menjadi kemenangan ke-350 Arsene Wenger sepanjang 16 tahun bersama Arsenal.
  • Chelsea berjaya memenangi 8 perlawanan daripada 12 di tempat lawan menentang Arsenal.
  • Arsenal hanya tewas 2 kali daripada 21 perlawanan terakhir liga.
  • Chelsea tidak bolos selama 331 minit dalam saingan liga di mana kali terakhir dibolosi oleh Danny Guthrie ketika menewaskan Reading 4-2 pada 22 Ogos lalu.
  • Hanya Chelsea dan Arsenal yang belum dibolosi pada separuh masa kedua setakat ini. Kedua-dua pasukan juga masih mengekalkan rekod tanpa kalah bersama Man City dan Sunderland.
  • Vito Mannone berjaya menyelamat percubaan (91%) lebih banya berbanding Petr Cech yang hanya menyelamatkan percubaan dengan 88%
  • Branislav Ivanovic bakal membuat penampilan ke-100 dalam Liga Perdana Inggeris.
  • Theo Walcott berjaya menjaringkan 2 gol daripada 3 perlawanan terakhir menentang Chelsea.
  • Mikel Arteta merupakan pemain yang melakukan sentuhan bola paling banyak berbanding pemain-pemain lain dengan 111 sentuhan setiap perlawanan musim ini.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply