[EPL] ARSENAL MENANTI KUNJUNGAN SOUTHAMPTON

Arsenal menanti kunjungan pendatang baru Liga Perdana Inggeris musim ini, Southampton di Emirates dengan misi untuk meneruskan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan terdahulu serta meraih 3 mata berharga malam ini. Sementara itu, Southampton yang kini berdasar liga dan masih bergelut untuk mencari mata pertama musim ini selepas tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Arsene Wenger mendapat berita positif apabila hanya Fabianski dan Walcott sahaja yang tidak dapat diturunkan ekoran mengalami kecederaan pada aksi perlawanan antarabangsa minggu lalu. Walcott akan direhatkan setelah mengalami jangkita virus manakala Fabianski pula kembali dihimpit masalah kecederaan bahu. Sementara itu, Abou Diaby berjaya melepasi ujian kecergasan semalam namun Wenger dijangkan akan merehatkan pemain tengah Perancis ini.

Di kem Southampton pula turut ceria apabila mendapatkan khidmat dua pemain baru, Gaston Ramirez dan Maya Yoshida yang menyertai rakan sepasukan sejak Khamis lalu. Namun, Southampton bakal terlepas mendapatkan khidmat Danny Fox yang mengalami kecederaan groin ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Scotland. James Cork pula semakin pulih dari kecederaan buku lali tetapi kemungkinan besar akan direhatkan pada aksi malam ini.

Arsene Wenger dijangka akan menurunkan penjaga gol utama, Wojciech Szczesny yang diketepikan pada dua perlawanan terdahulu ekoran mengalami kecederaan tulang rusuk. Di barisan pertahanan pula, Vermaelen akan terus bergandingan bersama Mertesacker selaku pertahanan tengah meskipun Koscielny sudah puluh pulih sepenuhnya dari kecederaan betis yang dialaminya. Jenkinson pula akan terus beraksi di posisi bek kanan manakala Kieran Gibbs pula bermain selau bek kiri.

Di bahagian tengah pula, Diaby diangka akan direhatkan meskipun berjaya melepas ujian kecergasan semalam dan akan digantikan dengan Aaron Ramsey. Wenger dijangka tidak akan tergesa-gesa untuk menurunkan Diaby ekoran mahu pemain berusia 26 tahun itu pulih sepenuhnya untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Montpellier pada Selasa depan serta pertemuan menentang Man City minggu depan.

Santi Cazorla pula akan terus bergandingan bersama Arteta bagi mencipta gerakan dibahagian tengah. Chamberlain dan Podolski pula bakal bergandingan bersama Giroud bagi merobek gawang Southampton malam ini. Olivier Giroud terus diberi kepercayaan oleh pengurus dan rakan sepasukan untuk menjaring pertama dirinya bersama Arsenal sejak meninggalkan Montpellier 26 Jun lalu.

Arsenal sekali lagi dilihat akan menguasai bahagian tengah dengan hantaran pendek yang tepat dan pantas untuk mengasak kubu Southampton. Sementara itu, The Saint pula dijangka akan mengamalkan corak bertahan sambil mengharap serangan balas pantas seperti yang dilakukan oleh Sunderland dan Stoke City yang berjaya mencuri satu mata daripada Arsenal dalam dua perlawanan awal lalu. Taktikal dilihat bakal memberi masalah buat The Gunners dan Arsenal perlu menjaringkan gol awal bagi menjadikan permainan lebih terbuka.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 15 September 2012

Waktu : 10.00 malam (waktu Malaysia)

Pengadil : Kevin Friend

Ramalan : Arsenal (3) vs Southampton (0)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam perlawanan liga sejak 88 tahun pada musim 1924-25
  • Kali terakhir Southampton menewaskan Arsenal dalam semua kejohanan ialah pada November 1987 menerusi jaringan tunggal Danny Wallace.
  • Arsenal gagal memenangi 4 perlawanan terakhir di laman sendiri.
  • Penjaga gol Southampton, Kelvin Davis berjaya menyelamatkan 3 sepakan penalti dalam termasuk ketika menentang Man United dan Man City.
  • Santi Cazorla berjaya mencipta 10 percubaan menjaringkan gol setakat ini.
  • Theo Walcott masih kekal selaku pemain termuda yang beraksi dalam skuad utama Southampton selepas melakukan debutnya pada Ogos 2005 ketika berusia 16 tahun 143 hari.
  • Penyerang Southampton, Rickie Lambert berjaya menjaringkan ketika bertemu dengan Man United dan Man City musim. Musim lalu, hanya dua pemain sahaja yang melakukannya iaitu Jermain Defoe dan Peter Crouch.
  • Olivier Giroud berpeluang untuk mengikut jejak langkah idolanya, Thierry Henry untuk menjaringkan gol pertama bersama Arsenal ketika menentang Southampton. Thierry Henry menjarikan gol pertamanya bersama Arsenal ketika menentang Southampton pada 18 September 1999.
  • The Saint memecah rekod pembelian tertinggi kelab itu apabila menandatangani Jay Rodriguez dari Burnley dengan yuran £7 juta serta Gaston Ramirez dari Bologna dengan harga £11.8 juta. Rekod tertinggi sebelum ini ialah ketika menandatangani Rory Delap dari Derby County dengan yuran £5.3 juta.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply