[EPL-5] ARSENAL, MAN CITY BERKONGSI MATA

Arsenal dan Manchester City terus melebar rekod tanpa kalah dalam perlawanan liga musim ini apabila terikat 1-1 di Stadium Etihad semalam. The Citizen mendahului menerusi tandukan kencang Joleon Lescott pada minit ke-40 separuh masa pertama sebelum Laurent Koscielny menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras 8 minit sebelum perlawanan tamat.

Vito Mannone sekali lagi menjadi sandaran selaku benteng terkahir Arsenal. Namun, Kapten Arsenal, Vermaelen terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir kerana mengalami illness sekaligus menyaksikan Koscielny turun buat pertama selaku pertahanan tengan bergandingan bersama Mertesacker.

Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan garang mengasak gawang masing-masing. Cazorla menguji kekebalan gawang City pada minit ke-8 namun percubaannya berjaya diselamatkan oleh Joe Hart. Giliran Aguero pula melakukan percubaan pada minit ke-14 tetapi Vito Mannone berjaya menepis keluar percubaan tersebut. Gevinho pula gagal menyempurnakan hantaran cantik Ramsey dan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol City pada minit ke-16.

Arsenal terus mengasak gawang City apabila Jenkinson berjaya memintas Zabaleta sebelum membuka ruang untuk Podolski namun percubaan sekadar melewati palang pada minit ke-25. Gervinho sekali lagi terlepas peluang apabila hantaran Cazrola berjaya dirampas oleh Clichy dalam kotak penalti pada minit ke-27 manakala rembatannya pada minit ke-37 sedikit tersasar.

City akhirnya memperolehi gol pendahuluan menerusi Lescott yang menanduk sepakan sudut David Silva pada minit ke-40. Dzeko hampir mengandakan jaringan buat City pada minit ke-42 namun percubaanya sedikit melewati palang. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik perlawanan bersambung, Aguero nyaris menambah gol kedua buat City namun rembatannya tersasar pada minit ke-52 manakala percubaannya berjaya dihalang oleh Gibbs meskipun penyerang City mendakwa dirinya dijatuhkan oleh Koscielny seminit kemudian. Mannone pula cemerlang menyelamatkan percubaan Javi Garcia pada minit ke-57. Gervinho terus gagal menemui sasaran apabila percubaannya pada minit ke-66 tersasar.

Arsene Wenger melakukan pertukaran dengan memasukkan Giroud dan Walcott mengantikan Diaby dan Podolski pada minit ke-71 bagi menambah sengat di bahagian serangan. Mannone sekali lagi berjaya menyelamatkan percubaan Aguero yang menerima hantaran Yaya Toure pada minit ke-80. Santi Cazorla turut melakukan percubaan dari jarak 27 meter namun rembatannya berjaya ditepis keluar oleh Joe Hart pada minit ke-81.

Bermula dari sepakan sudut Cazorla yang ditanduk keluar oleh Lescott tepat singgah di kaki Koscielny yang mudah merembat kencang untuk gol penyamaan Arsenal pada minit ke-82. Mannone pula cemerlang menafikan bicycle kick Kompany pada minit ke-84 sementara percubaan susulan Aguero sediki tersasar. Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

ANALISIS PERLAWANAN

Arsene Wenger melakukan perubahan taktikal dengan meletakan Gervinho selaku center foward sementara Ramsey bermain di posisi sayap kanan. Diaby dan Arteta bermain di bahagian deep midfielder dan Cazorla kekal selaku attacking midfielder Arsenal dan sering bertukar-tukar posisi dengan Ramsey untuk mengelirukan pertahanan City.

Sementara Roberto Mancity turut melakukan perubahan dengan mengunakan taktikal 4-4-2 dengan Aguero dan Dzeko berpasangan selaku penyerang yang berusaha merobek gawang Arsenal. Sementara Silva dan Sinclair bertindak sebagai flank yang mengerak jentera serangan City manakala Yaya Toure dan Javi Garcia bertindak lebih bertahan untuk mengekang penguasaan bahagian midfielder oleh Arsenal.

Penguasaan di bahagian tengah pada separuh masa pertama jelas milik Arsenal dengan menguasai 59% dengan sering kali melakukan percubaan berbahaya namun ketiadaan penyerang yang mampu melakukan penyudah yang klinikal menyaksikan Arsenal gagal menjaringkan gol sebaliknya City berjaya mengejutkan menerusi set-piece menarik Silva yang disempurnakan oleh Lescott.

Pemainan separuh masa kedua penguasaan bola kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permaian terbuka. Arsenal terus melepaskan beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan dan pertahanan City jelas ampuh bertahan sehingga minit ke-82 Koscielny berjaya memanfaatkan kesilapan Lescott yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.

Benteng pertahanan Arsenal juga bertahan dengan baik di mana Mertesacker paling mencuri tumpuan dengan beberapa kali berjaya melaku pintasan menghalang hantaran-hantaran  ke kawasan berbahaya Arsenal. Sementara itu, Mikel Arteta tampil selaku pemain yang melakukan hantaran tepat paling tinggi dengan 94% (100 daripada 106 hantaran). Santi Cazorla pula gagal mempamerkan persembahan terbaiknya namun masih merupakan key player Arsenal dalam perlawanan ini.

MAN OF THE MATCH : PER METERSACKER

STATISTIK PERLAWANAN

 

Incoming search terms:

  • kedudukan pemain futsal
This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply