[EPL-4] ARSENAL BELASAH SOUTHAMPTON DI EMIRATES

Arsenal kembali membuktikan reputasi selaku pasukan pilihan untuk menjulang Liga Perdana Inggeris musim ini apabila membenam cabaran Southampton, kelab bandar pelabuhan dari selatan England 6-1 di Emirates Sabtu lalu. Sementara, Southampton terus kekal di dasar liga apabila gagal memunggut sebarang mata dari 4 perlawanan liga setakat ini.

Meskipun tidak menurunkan kesebelasan utama dengan merehatkan beberapa pemain utama termasuk Abou Diaby, Laurent Koscielny dan Olivier Giroud yang baru pulih dari kecederaan, namun Arsenal tetap bukan tandingan The Saint sekaligus melebarkan rekod tanpa kemenangan ke atas Arsenal sejak November 1987.

Arsenal mengasak kubu Southampton sebaik perlawanan dimulakan menerusi percubaan Podolski, Cazorla dan Arteta namun penjaga gol Southampton, Kelvin Davis cemerlang menafikannya. Pesta gol bermula pada minit ke-11 selepas hantaran lintang Kieran Gibbs tertampan oleh Jos Hooiveld untuk The Gunners mendahuli 1-0. Per Mertesacker nyaris menambah gol kedua Arsenal namun tandukan berjaya diselamatkan oleh K. Davis susulan sepakan penjuru Santi Cazorla pada minit ke-19.

The Gunners dihadiahkan sepakan percuma di hadapan kotak penalti selepas Coquelin dikasari oleh Steven Davis pada minit ke-31. Lukas Podolski berjaya meledak gol kedua Arsenal menerusi sepakan percuma yang cantik menewaskan K. Davis. Arsenal terus garang mengasak kubu Southampton apabila Gervinho meledak gol ketiga Arsenal selepas melepas perangkap ofsaid menyambut hantaran Arteta pada minit ke-34. The Saints terus dirundung malang apabila  pertahanannya Nathaniel Clyne tertampan hantaran lintang Gibbs lalu membias ke gawang K. Davis pada minit ke-37.

Selesa mendahului 4-0, Arsenal mengendurkan asakan memberi peluang untuk anak-anak buah Nigel Adkins untuk menguji gawang Arsenal yang dikawal oleh Szczesny. Usaha mereka membuahkan hasil apabila Daniel Fox merembat bola muntah ekoran kesilapan Szczesny gagal menangkap kemas hantaran Jason Puncheon pada masa-masa kecederaan separuh masa pertama.

Kembali dari rehat, Southampton memasukan pemain baru yang dibeli dari Bologna, Gaston Ramirez yang berjaya memberi impak kepada corak permainan The Saint. Southampton nyaris menambah gol kedua namun percubaan Rickie Lambert sedikit tersasar tatkala Szczesny sudah tertewas.

Ramsey yang masuk mengantikan Coquelin berjaya melakukan gerakan menarik memperdaya pertahanan Southampton, Clyne sebelum melakukan percubaan namun terkena tiang namun Gervinho sempat menyambar bola muntah tersebut untuk gol ke-5 Arsenal. Theo Walcott melengkapkan malam cemerlang Arsenal apabila menjaringkan gol ke-6 pada minit ke-87.

 MAN OF THE MATCH : GERVINHO

STATISTIK PERLAWANAN

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply