[EPL-3] ARSENAL CATAT KEMENANGAN PERTAMA MUSIM INI

Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan pertama musim ini selepas 3 perlawanan apabila berjaya menunduk Liverpool di Anfield semalam. Sebaliknya, Liverpool dibawah kendalian jurulatih baru, Brendan Rogers terus dipalit duka apabila terperosok di kedudukan ke-8 liga dengan 1 mata selepas tewas dua kali dan seri sekali. Skuad kendalian terus Arsene Wenger ini terus melebarkan rekod tanpa bolos musim ini selepas 3 perlawanan ketika seri 0-0 dengan Sunderland dan Stoke City pada dua perlawanan terdahulu.

Arsene Wenger terus menggunakan khidmat Vito Mannone selaku penjaga gol selepas Wojciech Szczesny belum pulih sepenuhnya dari kecederaan rusuk manakala Laurent Koscielny terus berada dibangku simpanan meskipun sudah pulih dari kecederaan betis. Wenger turut melakukan sedikit perubahan dengan menurunkan Oxlade-Chamberlain di bahagian sayap kanan.

Di kem Liverpool pula, Brendan Rogers kembali menurunkan Daniel Agger untuk bergandingan bersama Martin Skrtel selaku pertahanan tengah. Pemain antarabangsa Turki, Nuri Sahin pula diturunkan buat pertama kali selepas melengkapkan perjanjian pinjaman dari Real Madrid pada 25 Ogos lalu. Sementara itu, pemain antarabangsa Brazil Lucas Leiva pula terus diketepikan ekoran dihimpit kecederaan pangkal paha minggu lalu.

Liverpool bermula garang apabila mengusai 10 minit pertama dengan Fabio Borini dan Luiz Suarez beberapa menguji gawang Arsenal namun percubaan mereka tidak menemui sasaran. Pada minit ke-11, percubaan Santi Cazorla tepat ke dakapan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina.

Arsenal akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan menerusi serangan balas pantas apabila Podolski bijak menyudahkan umpanan Cazorla pada minit ke-31. Ketinggalan 0-1, Liverpool garang mengasak kubu Arsenal dan hampir memperolehi gol penyamaan namun rembatan Raheem Sterling dinafikan oleh tiang gol pada minit ke-38.

Dua minit kemudian, Sterling sekali lagi mencemaskan gawang Arsenal apabila namun Mertesacker berjaya melakukan terjahan bersih dalam kotak penalti. Giroud pula pula terus kempunan untuk menjaringkan gol pertama untuk Arsenal apabila gagal menyempurnakan hantaran Diaby meskipun berdepan satu lawan satu dengan Pepe Reina.

Sebaik babak kedua bersambung, perlawanan terus rancak dengan aksi berbalas serangan. Bek kiri Arsenal, Kieran Gibbs turut melakukan percubaan namun berjaya diselamatkan oleh Reina pada minit ke-52. Suarez kembali mengancam gawang Arsenal namun rembatannya dari jarak 25m sekadar melewati gawang Arsenal pada minit ke-57. Santi Cazorla akhirnya berjaya meledak gol kedua Arsenal selepas rembatan kencangnya pada minit ke-69 gagal ditampan kemas oleh Reina lalu membias ke gawang Liverpool.

Penjaga gol muda Arsenal, Vito Mannone turut mempamerkan kecemerlangan apabila berjaya menafikan dua percubaan berbahaya daripada Jonjo Shelvey pada minit ke-87 dan 90. Suarez sekali gagal melakukan penyudah tepat meskipun Mannone sudah terkeluar dari posisi ada minit ke-88. Arsenal akhirnya ceria membawa tiga mata berharga dari gelanggang keramat The Reds sebail wisel penamat ditiupkan oleh pengadil Howard Webb.

ANALISIS PERLAWANAN

Arsene Wenger menerapkan taktikal 4-2-3-1 dengan Santi Cazorla diberi peranan free role untuk mengucar-kacirkan pertahanan Liverpool. Manakala Mikel Arteta dan Abou Diaby lebih berperanan selaku ‘defensive midfielder’. Penguasaan di bahagian tengah dan ketenangan benteng pertahanan menyerap setiap asakan Liverpool serta hantaran-hantaran tepat menjadi kunci kejayaan Arsenal.

Kecemerlangan Abou Diaby mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song berjaya menepis kritikan negatif terhadap dirinya. Diaby berjaya mengemudi dan melakukan gerakan-gerakan menarik sepanjang perlawanan. Sementara itu, Santi Cazorla pula acap kali cuba menguji gawang Liverpool dengan percubaan jarak jauhnya. Corak permainan terbuka Liverpool memberi ruang untuk Arsenal mencipta ruang untuk mengasak kubu The Reds sekaligus menjaringkan gol.

Sementara itu, Liverpool pula menerapkan taktikal 4-3-3 dengan Borini dan Sterling bersama Suarez berperanan mengancam gawang Arsenal. Steven Gerrard pula tidak berada pada prestasi sebenar dan gagal melakukan hantaran-hantaran baik untuk penyerang Liverpool. Gandingan pemain-pemain tengah Liverpool juga masih belum menunjukkan keserasian dalam lambat untuk melakukan recovery apabila diserang olah Arsenal. Kemasukan Jonjo Shelvey sedikit sebanyak berjaya menambah sengat serangan Liverpool dengan percubaan jarak jauh yang berbahaya namun gagal membuah hasil.

MAN OF THE MATCH : ABOU DIABY

STATISTIK PERLAWANAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Ulasan. Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply