[CORETAN] NICO YENNARIS – DARI MASKOT KINI MENJADI PEMAIN

Pemain muda Arsenal, Nico Yennaris akan tampil buat kali kedua menentang Coventry City jika diturunkan dalam saingan Piala Capital One awal pagi nanti. 12 tahun lalu, Yennaris yang ketika itu berusia 7 tahun tampil selaku maskot Arsenal dalam perlawanan menentang Coventry menyaksikan The Gunners berjaya memenangi perlawanan 2-1 di Highbury hasil jaringan Sylvain Wiltord dan Paolo Vernazza pada 16 September 2000.

Kini, Yennaris akan turun sekali lagi selaku pemain dalam perlawanan menentang Sky Blues di Emirates. Impian pemain versetail berusia 19 tahun ini bakal menjadi realiti apabila dijangka menjadi pilihan Arsene Wenger menghadapi perlawanan pusingan ke-3 Piala Capital One.

Pemain berdarah campuran Greek Cypriot-Chinese ini menyertai Arsenal ketika berusia 7 tahun dan telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada Julai 2010 di mana telah melakukan debut dalam skuad utama menentang Bolton Wanderers dalam saingan Piala Liga pada 25 Oktober 2011 sebelum menyertai Notts County secara pinjaman.

Nico Yennaris turut mencuri perhatian Wenger dan penyokong-penyokong Arsenal ketika melakukan debut buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United Januari lalu.

“Dia (Yennaris) bakal memiliki peluang terbaik beraksi Rabu ini (awal pagi Khamis). Satu episod kisah yang luar biasa,” kata Wenger kepada Arsenal Player.

“Impian akan menjadi kenyataan apabila kamu mahukannya dan nasib menyebelahi kamu.”

“Dia benar-benar mahu beraksi dan bersedia memberi komitmen sepenuh hati. Nico (Yennaris) merupakan pemain yang hebat dan memiliki perwatakan yang bagus,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply