[CORETAN] ARSENAL MENJADI PILIHAN ROMEO BECKHAM

Meskipun bergelar lagenda kepada kelab bola sepak terkemuka Liga Perdana Inggeris, Manchester United namun David Beckham gagal untuk mempengaruhi anaknya, Romeo untuk menjadi peminat setia The Red Devil sebaliknya pemain berusia 37 tahun itu kini mengakui Romeo merupakan penyokong The Gunners lantaran layanan istimewa Arsene Wenger terhadap anak keduanya itu.

David Beckham merupakan anak kelahiran Leytonstone, London memulakan karier awal bersama Tottenham Hotspurs dan Brimsdown Rovers sebelum menyertai akademi Manchester United ketika berusia 14 tahun. Beckham mewarisi minat terhadap The Red Devil daripada kedua-dua ibubapanya yang sering berulang-alik ke Old Trafford.

Bekas kapten England ini mula mencipta nama bersama Manchester United di mana telah melakukan 256 penampilan sepanjang 12 bersama gergasi Liga Perdana Inggeris itu dengan merangkul 6 kejuaraan liga, 2 kejuaraan Piala FA, 1 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, 1 kejuaraan Piala Antara Benua dan 1 Piala FA Remaja sebelum berhijrah menyarung jersi Real Madrid pada musim panas 2003. Kini, David Beckham beraksi bersama LA Galaxy setelah meninggal The Galacticos pada 11 Januari 2007.

Bapa kepada 4 anak ini cuba mempengaruhi anak-anak agar menjadi penyokong Manchester United tetapi gagal mengubah minat anak keduanya itu yang mula menjadi penyokong Arsenal sejak bertandang ke Stadium Emirates.

“Saya cuba untuk menyarungkan jersi Manchester United kepada mereka lebih awal,” kata David Beckham ketika ditemubual oleh majalah Shortlist baru-baru ini.

“Dua daripada 3 anak saya (Brooklyn, 13 dan Cruz, 7) adan peminat setia Manchester United tetapi Romeo, 9, merupakan penyokong Arsenal. Saya tidak tahu apa yang terjadi.”

“Saya membawa Romeo menonton perlawanan Arsenal dan Arsene Wenger melayannya dengan baik – memberikan jersi Arsenal dengan nama dan nombor kegemarannya.”

Menurut Beckham, layan istimewa Arsene Wenger itu jelas memberi kesan di hati anaknya, Romeo. Dan Beckham juga pernah mengalami situasi yang dialami oleh Romeo itu tatkala menerima jersi Red Devil daripada Sir Alex Ferguson ketika dia masih kecil

“Saya memahami situasi tersebut ketika masih kecil bersama Manchester United. Jadi, saya akan membiarkan mereka menyokong apa yang mereka mahukan,” kata bekas kapten skuad kebangsaan England itu.

Incoming search terms:

  • romeo beckham arsenal
This entry was posted in Coretan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply