[CORETAN] 5 FAKTOR ARSENAL BAKAL MENJULANG KEJUARAAN LIGA MUSIM INI

Arsenal–merupakan antara kelab yang disegani di Eropah meskipun sedang melalui episod sukar beberapa musim kebelakangan. Meskipun sering dipersendakan dan dilabelkan sebagai akademi bola sepak yang melahirkan pemain-pemain bintang untuk kelab-kelab ternama seperti Barcelona, Man City, Chelsea dan kelab gergasi lain, namun Arsenal masih mampu untuk memberi saingan dalam setiap kejuaraan.

Namun, musim ini Arsenal memiliki potensi yang besar untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kali terakhir dijulang oleh skuad ‘The Invincibles’ pada musim 2003/04. Berikut lima faktor yang bakal menjadi kunci kejayaan Arsenal untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

1-ARSENAL KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR

Arsenal baru ini telah mempamerkan kebangkitan yang luar biasa apabila mencatatkan tujuh kemenangan berturut-turut sekaligus kembali menyertai kelopok 3 pasukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab utara London ini mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris muncul kelab pertama yang berjaya bangkit dari permulaan musim yang teruk sejak 58 tahun yang lalu apabila terperosok di tangga ke-17 sebelum mempamerkan prestasi yang menakjubkan untuk mendaki ke puncak liga.

Meskipun tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah 2011/12 setelah gagal memadam defisit kekalahan besar 0-4 kepada AC Milan pada perlawanan pertama namun Arsenal berjaya bangkit untuk menewaskan Rossoneri 3-0 di Emirates. Musim lalu,  Arsenal berjaya menduduki tempat ketiga adalah sesuatu yang membanggakan. Kebangkitan Arsenal kian terserlah dengan kematangan yang mula dipamerkan oleh pemain-pemain muda sesuatu yang harus dibimbangi oleh pencabar-pencabar Arsenal.

2-JENDELA PERPINDAHAN MUSIM PANAS 2012

Arsene Wenger berjaya mendapatkan 3 pemain berpengalaman iaitu Lukas Podolski, Santi Cazorla dan Olivier Giroud bagi mengukuh skuad Arsenal musim ini. Meskipun kehilangan dua tonggak, Robin van Persie dan Alex Song namun situasi tidak memberi kesan besar kepada Arsenal untuk mencabar kejuaraan lantaran memiliki barisan penganti yang berkaliber untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Kepulangan Abou Diaby, Bacary Sagna dan Jack Wilshere bakal mengukuhkan skuad Arsenal bagi mengharungi musim baru ini. Meskipun menerima kritikan dari pelbagai pihak lantaran tidak aktif dalam pasaran perpindahan pemain musim panas 2012 namun Arsene wenger dilihat bakal meletakan keyakinan kepada skuad yang sedia ada dengan gandingan pemain muda berbakat besar bagi menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Sememangnya Arsene Wenger seorang pengurus yang bijak dalam menilai dan membeli pemain sejak membimbing Arsenal sejak 15 tahun yang lalu.

3-PENGURUS YANG HEBAT

Satu faktor penting yang menentukan kejayaan Arsenal adalah Arsene Wenger yang merupakan antara pengurus terbaik yang pernah membimbing kelab utara London ini. Kehadirannya pada 1 Oktober 1996 merupakan satu augerah buat ‘The Gunners’ kerana memiliki seorang pengurus yang bijak dalam mengilap bakat pemain-pemain dan tidak ternama menjadi seorang bintang yang disegani.

Selain itu, Arsene Wenger turut dianugerahkan selaku Jurulatih Terbaik Sedekad (2000-2009) mengatasi Sir Alex Ferguson dan Jose Mourinho oleh Institut Statistik dan Sejarah Bola Sepak (IFFHS), sebuah badan di bawah FIFA. Tidak hairanlah, mengapa Le Prof menjadi sasaran Perancis dan Brazil untuk membimbing skuad kebangsaan masing-masing.

4-PENGUASAAN BAHAGIAN TENGAH

Mikel Arteta tampil selaku antara pemain tengah terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan meledak 6 gol daripada 29 perlawanan. Kecederaan Arteta pada penghujung musim lalu jelas merencatkan prestasi Arsenal membuktikan bahawa Arteta sememangnya nadi kekuatan Arsenal. Kehadiran Santi Cazorla yang bertindak selaku ‘attacking midfielder’ bakal melengkapkan gandingan mantap di bahagian serangan. Kemampuan bekas pemain Malaga ini untuk meledak jaringan dari jauh dan mencipta hantaran kreatif bakal mengubah wajah skuad kembali menjadi skuad yang digeruni musim ini.

Selain itu, kepulangan Abou Diaby yang terpaksa berehat panjang sepanjang musim lalu berjaya memberi impak terutama ketika aksi cemerlang Arsenal menundukan Liverpool 2-0 di Anfield Ahad lalu. Diaby berjaya menampilkan aksi terpuji setakat ini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song. Kepulangan Jack Wilshere dan Tomas Rosicky pada awal Oktober nanti bakal menambah pilihan pemain midfielder bersama Aaron Ramsey, Alex Oxlade-Chamberlain dan Francis Coquelin.

5-KEHADIRAN STEVE BOULD

Musim lalu benteng pertahanan Arsenal yang rapuh telah menerima kritikan hebat lantaran seringkali gagal mengekang setiap asakan-asakan lawan serta melepaskan banyak jaringan-jaringan mudah. Namun kehadiran Steve Bould selaku penolong pengurus Arsenal yang baru mengantikan Pat Rice yang mengumumkan persaraannya penhujung musim lalu bakal membuka dimensi baru di bahagian pertahanan Arsenal.

Selaku bekas pertahanan Arsenal yang beraksi dari 1988 hingga 1999 sebelum berkhidmat dalam bidang kejurulatihan selaku jurulatih skuad remaja Arsenal sememang satu aset berharga buat Bould dalam membantu barisan-barisan pemain-pemain Arsenal. Pengalaman yang luas bersama Arsenal bakal menjadi tonik kekuatan benteng pertahanan Arsenal musim ini. Buktinya, Arsenal tampil selaku satu-satunya pasukan Liga Perdana Inggeris yang berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan.

Incoming search terms:

  • arsenal 2012
This entry was posted in Coretan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply