[CAPITAL ONE] ARSENAL BELASAH COVENTRY CITY

Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan ke-2 musim ini apabila membelasah Coventry City 6-1 di Stadium Emirates dalam sainga Piala Capital One awal pagi tadi. Perlawanan ini juga menyaksikan Olivier Giroud dan Ignasi Miquel menjaringkan gol pertama bersama Arsenal sementara Damien Martinez, Martin Angha dan Serge Gnarby masing-masing melakukan debut bersama The Gunners.

Arsene Wenger menurunkan Damien Martinez buat pertama kali selaku penjaga gol skuad utama Arsenal sementara Johan Djourou yang diberi tugas selaku kapten pasukan bergandingan bersama Ignasi Miquel selaku pertahanan tengah dibantu oleh Martin Angha di posisi bek kanan dan Andre Santos bermain sebagai bek kiri. Francis Coquelin dan Nico Yennaris pula mengisi posisi midfielder.

Andrey Arshavin pula kembali ke posisi kegemarannya selaku attacking midfielder bergandingan bersama Oxlade-Chamberlain selaku pemain sayap kiri dan Theo Walcott beraksi di posisi sayap kanan sementara Olivier Giroud kembali diturunkan dalam kesebelasan utama selaku center foward selepas direhat pada perlawanan hujung minggu lalu menentang Man City.

Arsenal bermula perlahanan meskipun Chamberlain dan Walcott seringkali berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Coventry namun gagal membuahkan hasil. Coventry sekali sekala turut mengancam kubu The Gunners namun Martinez berjaya menyerap setiap asakan lawan. Penantian Arsenal berakhir apabila penyerang baru, Giroud berjaya menemui sentuhan gol selepas menerima hantaran Coquelin pada minit ke-39. Jaringan tersebut juga merupakan yang pertama buat Giroud sejak menyertai Arsenal dari Monpellier Jun lalu.

Giroud berpeluang menambah gol kedua Arsenal setelah Arshavin dijatuhkan oleh pertahanan lawan, Reece Brown dalam kotak penalti pada minit ke-49. Namun, penjaga gol Coventry, Joe Murphy berjaya menepis sepakan penalti yang diambil oleh Giroud. Pemain muda Arsenal, Oxlade-Chamberlain pula akhirnya berjaya mengandakan jaringan menerusi satu sepakan cantik pada minit ke-56.

Arsenal terus menganas kali ini giliran Arshavin pula menemui sentuhan apabila menerima hantaran lambung dari Giroud pada minit ke-63. Emmanuel Frimpong kembali beraksi bersama Arsenal selepas diketepikan hampir 8 bulan selapas mengalami kecederaan ACL masuk mengantikan Coquelin pada minit ke-72. Theo Walcott pula turut berjaya mencatat nama selaku penjaring apabila mudah mencetak gol keempat Arsenal menerusi rembatan leret hasil hantaran Yennaris pada minit ke-74.

Mendahului 4-0, Arsenal mula mengendurkan asakan yang membolehkan Coventry berjaya menjaringkan gol menerusi Callum Ball pada minit ke-78. Bagai harimau yang terluka, Arsenal kemudiannya terus mengganas dengan menambah gol kelima menerusi tandukan Miquel yang menyambut hantaran lintang Arshavin seminit berselang. Walcott melengkapkan malam cemerlang Arsenal apabila mudah menjarikan gol keenam menerusi satu pleasing menarik seminit sebelum perlawanan tamat.

Perlawanan ini pastinya meninggalkan kenangan manis buat Giroud dan Miquel yang berjaya menjaringkan gol peribadi pertama bersama Arsenal. Sementara, Angha dan Martinez berjaya mendapat debut penuh bersama skuad utama Arsenal sementara Gnarby turut melakukan debut apabila masuk selaku pemain simpanan pada minit ke-72 mengantikan Olxade-Chamberlain. Arsenal seterusnya bakal bertandang ke Stadium Madjeski menentang Reading pada pusingan ke-4 nanti.

ANALISIS PERLAWANAN

Andrey Arshavin kembali menjadi tumpuan apabila berjaya menjaringkan satu gol dan menghasilkan 2 assist selepas disisihkan musim lalu. Arshavin dilihat begitu berkesan beraksi di posisi attacking midfielder meskipun Wenger lebih gemar meletakkan pemain antarabangsa Russia ini selaku pemain sayap kiri. Persembahan mantap yang dipamerkan Arshavin semalam mejadikan dirinya pilihan terbaik selaku back up kepada Santi Cazorla.

Sementara itu, Olivier Giroud berjaya meredakan tekanan yang dihadapinya sejak menyertai Arsenal pada hujung Jun lalu selepas berjaya meledak gol pertama peribadinya bersama Arsenal selepas 7 perlawanan. Sentuhan penyudah yang tepat yang dipamerkan oleh Giroud menjadikan dirinya calon terbaik mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robin van Persie. penyerang Perancis itu dilihat masih dalam proses penyesuaian diri dalam suasana baru sejak meninggalkan juara Ligue 1, Montpellier.

Theo Walcott pula mempamerkan ketajaman penyudah serta melakukan larian-larian menarik yang berjaya merobek benteng Coventry apabila menjaringkan dua gol semalam. Manakala kelicahan seorang pemain muda England, Oxlade-Chamberlain turut menyumbang kejayaan Arsenal membelasah Coventry. Coquelin dan Yennaris juga cemerlang mengerak jentera tengah Arsenal dengan beberapa berjaya mencipta peluang buant barisan serangan Arsenal.

Posisi pertahanan pula jarang diuji oleh barisan penyerang Coventry. Namun, kealpaan benteng pertahanan pada peghujung pelawanan menyaksikan Arsenal gagal mengekalkan rekod clean sheet dalam perlawanan semalam.

MAN OF THE MATCH : ANDREY ARSHAVIN

STATISTIK PERLAWANAN

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply