[BULETIN] WILSHERE, FRIMPONG JALANI LATIHAN PENUH BERSAMA ARSENAL

Jack Wilshere mulai menjalani latihan penuh bersama skuad utama Arsenal hari ini selepas berehat lebih setahun kerana mengalami kecederaan kaki semasa jelajah pra-musim 2011. Emmanuel Frimpong juga turut serta menjalani latihan penuh selepas berehat hampir 8 bulan kerana mengalami kecederaan lutut.

Arsène Wenger berkata : “Kami mengalu-alukan kepulangan Jack (Wilshere) menjalani latihan penuh. Ianya selepas 14 bulan berehat, satu tempoh masa yang panjang bagi seorang pemain bola sepak. Ini yang dinanti-nantikan dan khabar gembira buat kami.”

“Kami akan memberi peluang buat dia menjalani latihan untuk beberapa hari ini dan memantau perkembangannya. Dia kini berada pada situasi yang sensitif dan kami perlu berhati-hati.”

“Kami juga turut menerima kepulangan Emmanuel Frimpong yang kembali menjalani latihan penuh minggu ini dan ini merupakan khabar gembira buat kami. Emmanuel turut diketepikan untuk satu tempoh masa yang agak lama dan perkembangannya sangat baik,” kata Arsene Wenger lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply