[BULETIN] WENGER BELUM BERSEDIA BINCANG KONTRAK BARU

Arsène Wenger menegaskan bahawa dirinya tidak akan tergesa-gesa untuk memulakan perbincangan kontrak baru bersama Arsenal. Pengurus berbangsa Perancis itu mulai menjadi pengurusa Arsenal pada 1 Oktober 1996 dengan berjaya menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 kejuaraan Piala FA dan 4 Perisai Komuniti namun gagal menjulang sebarang kejuaraan sejak 7 musim terakhir ini.

Kontrak pengendali berusia 64 tahun bakal tamat pada musim panas 2014 dan bakal ditawarkan kontrak baru oleh pengurusan Arsenal.

“Saya masih ada dua tahun lagi untuk diharungi,” kata Arsene Wenger.

“Apa yang lebih penting bagi saya ialah menentang Southampton (hari ini) dan saya sudah membuktikan komitmen saya bersama kelab sebelum ini.”

“Saya adalah pengurus Arsenal dan saya sentiasa membuktikannya. Saya akan mempertimbangkan samada saya sudah melakukan yang terbaik atau tidak.”

“Saya sudah bersama kelab ini untuk satu tempoh yang panjang dan berjaya memberi kenyakinan kepada semua yang berada bersama-sama saya. Tetapi saya akan menilai pencapaian saya sebelum membuat keputusan.”

“Dua tahun merupakan satu tempoh masa yang lama bagi saya. Saya mahu melakukan yang terbaik untuk kelab selama mungkin kecuali jika saya mempertimbangkan untuk bersara.”

“Pada masa ini, saya tidak berada dalam keadaan sesuai untuk memikirkan mengenai kontrak jangka masa panjang saya. Kami cuma mahu melakukan yang terbaik musim ini.”

“Saya tidak tahu. Saya cuma mahu mempertimbangnya kerana usia saya dan jika saya masih memiliki kecergasan, saya bersedia untuk meneruskan komitmen saya.”

Arsène Wenger sudah membina skuad yang mantap sejak menyertai Arsenal dan percaya mampu mengulanginya sekali lagi.

“Ia merupakan tahun-tahun istimewa bersama kelab ini kerana kami memiliki potensi. Skuad kami memiliki sikap yang bagus, semangat yang bagus dan potensi terbaik. Cuma satu perkara yang saya perlu fokus dan menila sejauh mana kami mampu pergi musim ini,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply