[BULETIN] ARSENE WENGER AKUI MAHU MENJUAL VITO MANNONE

Arsene Wenger mengakui bahawa dia akan menjual penjaga gol berbakat Arsenal, Vito Mannone jika menemui kelab yang berminat mendapatkan penjaga gol berusia 26 tahun itu pada Januari lalu. Kini, Mannone menjadi sandaran utama untuk mengawal gawang Arsenal berdepan dengan musuh setempat, Chelsea malam ini. Penjaga gol kelahiran Itali cemerlang bersama Arsenal musim ini dengan melepas 2 gol dari 4 perlawanan setakat ini.

Masa depan penjaga gol Arsenal itu hampir musnah apabila melakukan kesilapan mudah menyaksikan Arsenal tewas 3-1 kepada Olympiaskos dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Disember tahun lalu sebelum melepaskan Vito Mannone secara pinjaman ke  Hull City semasa jendela perpindahan Januari 2012.

Kini, Vito Mannone tampil selaku pilihan utama penjaga gol ekoran kecederan yang dihadapi oleh Wojciech Szczesny dan Lukas Fabianski pada awal musim ini.

“Ketika saya melepaskan dia (Mannone) ke Hull City, saya memantau setip perlawanan yag dilalui olehnya dan semua laporan yang saya terima sangat positif,” kata Arsene Wenger.

“Saya terkejut tiada kelab yang berminat mendapatkannya (Mannone) kerana saya mahu melepaskannya.”

Vito Mannone kembali ke Arsenal pada musim panas lalu dan menyertai jelajah pra-musim ke Asia termasuk beraksi ketika menentang Malaysia XI pada 24 Julai lalu. Penjaga gol berusia 26 tahun kembali mendapat tempat dalam pasukan selepas mempamerkan prestasi yang cemerlang musim ini.

“Dia (Manone) memiliki keyakinan diri yang tinggi dan bersedia membuktikan (kemampuannya) kepada saya meskipun dia jarang mendapat peluang untuk bermain,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply