[BULETIN] VITO MANNONE KINI PENCABAR KEPADA SZCZESNY

Kedudukan Wojciech Szczesny kini tergugat ekoran persembahan mantap yang dipamerkan oleh rakan sepasukan, Vito Mannone yang cemerlang ketika diturunkan menentang Liverpool dan Stoke City. Situasi ini diakui sendiri oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger berdasarkan prestasi cemerlang penjaga gol muda Itali itu yang menyertai Arsenal dari Atlanta pada 2005.

Namun, Szczesny kekal selaku pilihan utama Arsene Wenger musim ini dan yakin bahawa Mannone bakal memberi saingan buat penjaga gol Poland itu.

“Dia (Mannone) beraksi dengan baik,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

“Vito (Mannone) melakukan satu permulaan yang baik musim ini. Kini, dia menjadi penjaga gol utama Arsenal dalam dua perlawanan merupakan calon terbaik untuk bersaing dengan Wojciech. Ketika ini, Wojciech (masih penjaga gol no.1) tetapi wujudnya persaingan dan ianya semakin menarik.”

“Kami kini memiliki 3 penjaga gol berbakat dalam Liga Perdana Inggeris dan bersaing untuk menjadi penjaga gol utama. Pastinya, Wojciech, Fabianski dan Mannone.”

“Kebiasaannya, kami perlu mengekalkan dua penjaga gol dan melepas seorang kerana mereka perlu beraksi. Namun, Mannone mengambil peluang ekoran kecederaan yang dialami oleh Wojciech dan Fabianski,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply