[BULETIN] SANTI CAZORLA PEMAIN TERBAIK BULANAN OGOS

Santi Cazorla telah dipilih selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan Ogos. Pemain antarabangsa Sepanyol ini memenangi anugerah pertamanya musim ini selepas menampilkan prestasi mantap bersama Arsenal. Cazorla menyertai Arsenal dari kelab La Liga, Malaga dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £16.5 juta pada 7 Ogos lalu.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu memukau perhatian semasa debutnya bersama Arsenal dalam perlawanan menentang Sunderland, 18 Ogos lalu berjaya mencipta beberapa gerakan menarik dan mencipta satu peluang terbaik namun gagal disempurnakan oleh Olivier Giroud.

Playmaker baru Arsenal ini terus menjadi nadi serangan Arsenal dalam perlawanan menentang Stoke City sebelum cemerlang meledak satu gol dan menghasilkan satu assist dalam perlawanan menentang Liverpool dua minggu lalu

Cazorla berjaya meraih 72.3% undian diikuti dengan seorang lagi pemain tengah, Abou Diaby yang meraih 9% undian manakala Mikel Arteta pula menduduki tempat ketiga dengan 5.4% undian serta 13.3% mewakili lain-lain pemain. Undian ini dilakukan menerusi laman web rasmi Arsenal, arsenal.com.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply