[BULETIN] MERTESACKER, MANNONE UNDANG MASALAH BUAT WENGER

Persembahan mantap yang dipamerkan oleh pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker serta penjaga gol, Vito Mannone mengundang masalah buat Arsene Wenger. Pengurus Arsenal ini kini berada dalam dilema dalam memilih kesebelasan utama The Gunners musim ini ekoran persaingan hebat pemain-pemain musim ini..

Laurent Koscielny kembali disenaraikan dalam skuad utama Arsenal dalam perlawanan hujung minggu lalu menentang Manchester City dan berjaya menjaring gol penyamaan pada minit ke-82 sekaligus membantu Arsenal mengekalkan rekod tanpa dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini. Koscielny turut cemerlang merantai kelibat penyerang City, Sergio Aguero daripada merobek gawang Arsenal dalam perlawanan Ahad lalu.

Pertahanan antarabangsa Perancis itu diturunkan buat pertama ekoran kecederaan yang dialami oleh kapten Arsenal, Thomas Vermaelen yang mengalami batuk dan selesema. Kelibatan Koscielny dipinggirkan awal musim ini ekoran persembahan mantap daripada seorang lagi pertahanan Arsenal, Per Mertesacker yang berjaya menepis kritikan peminat terhadap dirinya setelah gagal menyerlah bersama The Gunners musim lalu.

Per Mertesacker pula terus mempamerkan kecemerlangan apabila dipilih selaku Pemain Terbaik Perlawanan pada Ahad lalu ketika menentang Manchester City. Pertahanan antarabangsa Jerman berusia 27 tahun itu berjaya melakukan 7 pintasan dan menafikan beberapa kali percubaan berbahaya oleh The Citizen.

Arsene Wenger mengakui dirinya dalam dilema apabila ditanya mengenai Vermaelen yang diketepikan dalam aksi Ahad lalu : “Dia (Vermaelen) mengalami selesema dan kami mengarahkannya berehat di rumah”

“Tetapi Laurent (Koscielny) mempamerkan persembahan hebat dan mengekang asakan lawan dengan baik. Kami kini memiliki 3 orang pertahanan tengah berkelas dunia dan ini memberi kesukaran kepada saya untuk membuat pilihan.”

“Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, dan Per Mertesacker – kami memerlukan mereka dalam membantu kejayaan Arsenal dan mereka tidak perlu berasa disisihkan. Saya akan melakukan penggiliran pemain bergantung kepada pasukan yang bakal dihadapi.”

Sementara itu, Wenger turut mengalami dilema dalam memilih penjaga gol utama Arsenal ekoran prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Vito Mannone yang mengantikan Wojciech Szczesny. Penjaga gol kelahiran Itali berusia 26 tahun itu cuma melepaskan 2 gol dalam 4 perlawanan bersama Arsenal musim ini. Mannone menjadi pilihan utama ekoran kecederaan yang dialami oleh Wojciech Szczesny (buku lali) dan Lukas Fabianski (bahu).

“Dia (Mannone) tampak bagus. Meskipun melaku kesilapan semasa sepakan sudut (ketika Lescott menjaringkan gol untuk Man City) dan kami sememangnya kecewa. Namun secara keseluruhannya, saya gembira dengan persembahan mantap yang dipamerkan oleh Vito (Mannone) yang banyak menafikan percubaan berbahaya City,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply