[BULETIN] KONTRAK BARU UNTUK OXLADE-CHAMBERLAIN

Pemergian Robin van Persie, Samir Nasri, dan Cesc Fabregas menjadi pengajaran berguna buat Arsenal. Lantaran itu, Arsenal kini bersiap sedia mengadakan perbincangan mengenai kontrak baru pemain muda England yang sedang meningkat naik Alex Oxlade-Chamberlain. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu lagi kehilangan pemain-pemain utamanya dan mencari formula tetbaik untuk mengekalkan skuad yang sedia ada.

Kini, Wenger bersiap sedia menawarkan kontrak baru untuk pemain-pemain antaranya Oxlade-Chamberlain. Pemain berusia 19 yahun itu menyertai Arsenal pada 8 Ogos 2011 dengan bayaran keseluruhan dianggarkan bernilai £12 juta. Musim lalu, Chamberlain menampilkan aksi yang memukau bersama Arsenal dalam 16 perlawanan liga dengan menjaringkan dua gol dan menghasilkan 1 assist.

Persembahan cemerlang Oxlade-Chamberlain menyaksikan pengurus England, Roy Hodgson menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan England dalam kejohanan EURO 2012 di Poland dan Ukraine Jun lalu. Meskipun, kontrak pemain muda England itu bakal tamat 4 tahun lagi namun Wenger mahu membincangkan kontrak baru untuk mengekal pemain tengah versetail itu di Emirates.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply