[BULETIN] KONTRAK BARU UNTUK ARSENE WENGER

Arsenal kini bersedia menawarkan kontrak baru untuk Arsene Wenger bagi terus membimbing The Gunners meskipun gagal menghadiahkan sebarang kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Kontrak pengurus berusia 62 tahun itu bakal tamat pada 2014 dengan Wenger dikhabarkan mahu bersara selaku pengurus bola sepak.

Namun, CEO Arsenal, Ivan Gazidis memberitahu bahawa kontrak Wenger kini bernilai £ 7 juta dan menegaskan Arsenal sememangnya komited untuk memenangi kejuaraan dengan berjaya menduduki 4 terbaik setiap musim dalam saingan liga.

Gazidis berkata, “Ini atas dasar nilai sentimental, bukan juga ganjaran atas prestasi tetapi ia merupakan satu nilai kepercayaan bahawa kami memiliki pengurus yang luar biasa yang menyayangi kelab ini. Dan dia merupakan pengurus terbaik yang terus memacu kami ke hadapan.”

“Kami benar-benar yakin dengan hala tuju kelab kini. Kami semakin kuat dan kami akan mendapat kedudukan yang baik. Kami berharap dan percaya Arsene (Wenger) akan terus menjadi sebahagian daripada kelab yang terus maju ke hadapan.”

“Wenger sudah sebati dengan DNA Arsenal, dia sangat sesuai di sini dan berkerjasama baik dengan semua staf-staf.”

Meskipun gagal menghadiahkan kejuaraan buat Arsenal sejak 7 musim yang lalu, namun Arsene Wenger masih kekal selaku antara pengurus yang berjaya. Wenger turut mengalu-alukan visi kewangan kelab menerusi peraturan Financial Fair Play. Namun Gazidis terkejut dengan dakwaan peminat yang mengatakan Arsenal kini lebih mengutamakan keuntungan daripada pencapaian.

“Kami mendapat banyak aduan dan komen-komen di mana Arsenal dilihat gagal untuk bersaing dan Lembaga Pengarah hanya meletakkan sasaran untuk kekal selaku 4 kelab terbaik dalam liga.”

“Namun bagi saya, Arsenal merupakan kelab yang paling bercita-cita besar ketika ini.”

“Itu yang kami cuba lakukan. Kami cuba untuk memenangu, kami cuba melakukan yang terbaik dan memenangi dengan cara kami. Kami bermain dengan cara tersendiri yang mana kami boleh banggakan,” kata Gazidis lagi.

“Saya akui kami gagal memenangi sesuatu beberapa tahun kebelakangan ini. Tiada kelab yang tidak berasa kecewa setelah gagal memenangi kejuaraan dan kami berusaha melakukan yang terbaik.”

“Kami masih optimis musim ini meskipun kehilangan pemain-pemain utama seperti Robin van Persie. Kami bakal mengharungi beberapa saingan kejuaraan utama dan pastinya kami akan berusaha untuk memenangi kejuaraan,” kata CEO Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply