[BULETIN] JACK WILSHERE KEMBALI BERAKSI BERSAMA ARSENAL

Arsenal merancang untuk menyenaraikan Jack Wilshere dalam perlawanan kompetatif buat pertama kali sejak 14 bulan lalu pada Isnin ini bersama skuad Arsenal B-21 menentang West Bromwich Albion B-21. Pemain antarabangsa England itu kembali menjalani latihan penuh bersama skuad Arsenal Khamis lalu setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali dan lutut.

Arsene Wenger dan staf-staf kejurulatihan Arsenal memberi pemantaun khusus terhadap perkembangan Wilshere sepanjang sesi latihan dan dia hampir pasti tidak diturunkan dalam saingan Piala Capital One sebalik mahu pemain berusia 19 tahun itu beraksi bersama skuad Arsenal B-21 sebelum kembali bersama skuad utama Arsenal menentang Reading pada 8 Oktober nanti.

Pengurus Arsenal itu turut terkejut dengan perkembangan tahap kecergasaan dan prestasi Wilshere sejak kembali menjalani latihan penuh bersama Arsenal. Walau bagaimanapun, Wenger tidak terdesak untuk menurunkan Wilshere dalam saingan Piala Capial One awal pagi esok (waktu Malaysia) kerana mengambil pendekatan berhati-hati dalam menyambut kepulangan bintang muda berbakat itu.

Sementara itu, Wenger akan menurunkan skuad muda dalam saingan Piala Capital One selain beberapa pemain utama termasuk Olivier Giroud, Andrey Arshavin dan Andre Santos yang diketepikan dalam pertemuan menentang Manchester City hujung minggu lalu. Emmanuel Frimpong pula bakal berada dibangku simpanan lantaran belum cergas sepenuhnya.

Seorang lagi pemain muda berbakat, Serge Gnabry dijangka akan diturunkan buat pertama dalam saingan Piala Capital One awal pagi nanti.

“Kami mahu memberi peluang kepada pemain-pemain muda berbakat untuk memenangi perlawanan ini,” kata Arsene Wenger.

“Kami turut akan memberi peluang kepada beberapa pemain yang disisihkan dari skuad utama pada Ahad lalu. Pemain-pemain ini berpeluang membuktikan kemampuan dan menunjukan apa yang mampu mereka lakukan.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply