[BULETIN] FRANK McLINTOCK BIDAS TINDAKAN ARSENAL

Lagenda Arsenal, Frank McLintock mempersoalkan beberapa tindakan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini. Selain gagal mendapatkan penganti kepada Alex Song, Arsene Wenger juga dilihat tidak aktif dalam pasaran perpindahan dengan menandatangani hanya menandatangani 3 pemain sahaja berbanding kelab-kelab Liga Perdana Inggeris lain. Bekas kapten Arsenal berusia 72 tahun itu hampa dengan kegagalan Arsenal menambah pemain-pemain berkualiti ketika pintu perpindahan ditutup semalam bagi mengukuhkan pasukan untuk mengharungi saingan musim 2012/13 ini .

Terdahulu, Arsenal hanya berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain berpengalaman, Lukas Podolski, Olivier Giroud dan Santi Sazorla namun turut kehilangan dua pemain utama, Robin van Persie yang menyertai Manchester United dan Alex Song yang berhijrah ke Barcelona. Sementara itu, Arsenal berjaya mengekalkan pemain sayap England, Theo Walcott yang turut hangat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Emirates.

Frank McLintock berkata Arsenal sering menghadapi krisis semasa pasaran perpindahan pemain dibuka bagi mendorong Arsene Wenger mengukuhkan skuad.

“Situasi yang sama berlaku setiap kali pasaran perpindahan pemain dibuka,” kata McLintock kepada Alan Brazil Sports Breakfast.

‘Musim lalu, Arsenal berjaya menandatangi 5 pemain serentak pada saat-saat akhir ketika jendela perpindahan ditutup.”

“Ia merupakan satu perancangan yang pelik. Saya berharap perjanjian seharusnya dimuktamadkan sebulan lebih awal. Arsene Wenger sememangnya tahu apa yang dilakukannya terbaik untuk kelab dan peminat-peminat melihatya”

Di samping itu, bekas pemain antarabangsa Scotland ini turut menyelar polisi penjualan pemain-pemain utama oleh Arsene Wenger. Arsenal berjaya memperoleh £145 juta pemain sejak Ogos 2010 dengan polisi penggunaan pemain-pemain muda.

“Anda tidak boleh melakukan rombakan pasukan setiap tahun tetapi ini yang berlaku,” kata Frank McLintock lagi.

“Arsenal melakukan pertukaran pemain untuk bersaing memenangi kejuaraan tetapi kami tidak boleh melaku pertukaran drastik pemain-pemain utama dalam tempoh dua tahun. Apabila kita tidak mengeluarkan perbelanjaan kerana masih dalam proses menyelesaikan hutang pembinaan stadium dan peminat-peminat harus memahaminya.”

“Tetapi sampai bila ia harus berlaku? Adakah sehingga hutang selesai dan barulah Arsenal boleh bersaing dengan Man City, Chelsea dan Man United? Peminat-peminat mahu Arsenal kembali menjadi pencabar utama”

Meskipun McLintock mengakui Arsenal masih merupakan pasukan utama di Eropah namun langkah Arsenal ini bakal mengundang situasi yang tidak stabil kepada kelab. Peminat terus kecewa melihat pemain-pemain bintang dijual saban tahun dan ianya tidak berlaku kepada kelab-kelab besar yang lain.

“Mungkin situasi sudah berubah sejak 3-4 musim kebelakangan ini dengan Arsenal hanya bersaing untuk menduduki kedudukan keempat terbaik Liga Perdana Inggeris sahaja.”

“Arsenal menjana pendapatan yang besar saban tahun namun gagal mendapat pemain-pemain berkualiti sebagai ganti. Kelab berterusan melalukannya dan peminat-peminat mulai marah dan tertanya-tanya”

“Anda tidak boleh terus berbuat demikian sepanjang masa kerana penyokong akan mendapat marah dan tertanya-tanya mengapa.”

McLintock menambah, “Pembinaan Stadium Emirates yang keseluruhan bernilai £460 juta berperanan untuk membantu kelab untuk bersaing secara lebih kompetatif dengan kelab-kelab seperti Real Madrid, United, Barcelona dan bukannya untuk kehilangan pemain-pemain utamanya setiap tahun.”

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply