[BULETIN] EASTMOND DAN WATT DIPINJAMKAN KE COLCHESTER

Dua pemain muda Arsenal, Craig Eastmond dan Sanchez Watt meneyrtai kelab Liga Satu, Colchester United secara pinjaman untuk tempoh tiga bulan mendatang. Kedua-dua pemain berusia 21 tahun ini menjadi pilihan utama skuad bimbingan Terry Burton dengan Eastmond telah beraksi 3 kali sementara Watt pula telah menjaringkan 4 gol bersama skuad Arsenal B-21.

Eastmond yang merupakan pemain kelahiran Wandsworth musim lalu cemerlang sepanjang tempoh pinjaman bersama Wycombe Wanderers dengan melakukan 14 penampilan. Pemain tengah ini merupakan antara prospek masa depan Arsenal dan menjadi sebahagian skuad yang menyertai siri jelajah Asia 2012  lalu di mana telah diberi peluang beraksi menentang Malaysia XI, Manchester City dan Kitchee FC.

Sementara, penyerang muda Arsenal Sanchez Watt turut menghabiskan tempoh pinjaman bersama Sheffield Wednesday dan Crawley Town pada musim lalu bakal sekali menyertai Eastmond untuk menimba pengalaman dalam saingan liga kompetatif. Bekas penyerang remaja antarabangsa England ini telah melakukan 3 kemunculan bersama skuad utama Arsenal setakat ini.

Buat Craig Eastmond dan Sanchez Watt, selamat maju jaya.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply