[BULETIN] DJOUROU MASIH BERADA DALAM PERANCANGAN WENGER

Meskipun belum diturunkan lagi pada saingan awal musim iniĀ  selain turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates namun Arsene Wenger menegaskan bahawa Johan Djourou masih berada dalam senarai perancangannya musim ini. Pertahanan antarabangsa Switzerland itu berjaya tampil sebanyak 14 kali dalam kesebelasan utama saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu namun kini menjadi menjadi pilihan keempat selepas Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker.

Ketika jendela perpindahan lalu, pertahanan berusia 25 tahun dilaporkan sudah hampir meninggalkan Stadium Emirates untuk mecerahkan peluang beraksi dalam kesebelasan utama dengan kelab Serie A, Napoli menjadi destinasi perpindahannya.

Namun sehingga tarikh akhir perpindahan musim panas lalu, Djourou masih kekal di Arsenal dan disambut gembira oleh pengurus Arsenal yang sememangnya tidak mahu melepaskan pemain pertahanan tengahnya itu.

“Saya tidak akan membiarkan dia (Djourou) pergi kerana saya sukakannya sebagai seorang pemain dan dia juga sangat menyayangi kelab ini (Arsenal),” kata Wenger kepada The Sun baru-baru ini.

Johan Djourou kini tampil selaku pemain paling senior dalam skuad Arsenal apabila menyertai akademi Arsenal dari kelab Etoile Carouge pada 1 Ogos 2003 ketika berusia 15 tahun. Pemain pertahanan ini memulakan debut bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Piala Liga ketika membantu The Gunners menewaskan Everton 3-1 pada 9 November 2004.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply