[BULETIN] CHUKS ANEKE DIPINJAMKAN KE CREWE ALEXANDRA

Pemain muda Arsenal, Chuks Aneke menyertai kelab Liga Satu, Crewe Alexandra selama sebulan secara pinjaman. Pemain kelahiran England berusia 19 tahun itu bakal dipinjamkan buat kali ketiga selepas cemerlang bersama Stevenage dan Preston North End musim lalu. Musim 2011/12 bakal menjanjikan peluang yang lebih cerah buat Aneke yang telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal pada Jun lalu.

Pemain kelahiran Newham ini menjaringkan 6 gol dalam 10 penampilan dalam skuad simpanan sebelum meninggalkan Arsenal secara pinjaman musim lalu untuk menimba pengalaman baru. Aneke memulakan debut bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Piala Liga musim lalu ketika Arsenal menewaskan Shrewsbury Town 3-1 pada September tahun lalu.

Aneke turut cemerlang sepanjang jelajah pra-musim Arsenal termasuk menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Malaysia XI di Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu. Buat Chuks Aneke, selamat maju jaya.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply