[BULETIN] STEVE BOULD MAMPU MENGISI KEKOSONGAN DITINGGALKAN ARSENE WENGER

Arsène Wenger telah melaungkan keyakinan bahawa pembantunya kini, Steve Bould boleh menjadi pengurus Arsenal pada masa hadapan. Penolong pengurus Arsenal berusia 49 tahun itu mengalas tugas membimbing skuad Arsenal dalam 3 perlawanan awal peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah ekoran hukuman pengantungan oleh UEFA yang dijatuhkan ke atas Arsène Wenger kerana mengkritik pengadil, Damir Skomina musim lalu.

Steve Bould merupakan bekas pertahanan Arsenal berjaya memberi dimensi baru buat barisan pertahanan Arsenal musim ini apabila sekadar melepaskan 1 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini. Bould dilantik sebagai penolong pengurus Arsenal yang baru selepas persaraan Pat Rice hujung musim lalu.

Arsène Wenger gembira dengan prestasi Bould sejak menjadi penolong pengurus Arsenal. Pengurus berbangsa Perancis ini mengambarkan Bould sebagai seorang yang memiliki minda yang terbuka, daya fokus yang tinggi serta bijak berjaya mempengaruhi corak permainan Arsenal musim ini.

“Dia (Bould) melakukan tugas dengan baik. Saya mempercayainya berdasarkan rekod pertahanan setakat ini meskipun kami baru beraksi dalam 4 perlawanan,” kata Wenger kepada Arsenal Player.

“Jangan melupakan asas corak permainan pasukan kami adalah permainan secara terbuka. Jadi, kadang kala jika kami melepaskan gol ia bukannya kesilapan Steve Bould. Ini sangat penting apabila kita menonton bola sepak.”

Steve Bould sebelum ini berperanan selaku jurulatih skuad remaja Arsenal B-18 sebelum mengambil tugas mengantikan Pat Rice. Bould turut berjaya membantu skuad Arsenal mengutip 3 mata pertama selepas berjaya menewas Montpellier 2-1 di Stade de Mosson, Montpellier dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi (waktu Malaysia).

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply