[BULETIN] BACARY SAGNA DALAM PERHATIAN INTER MILAN

Kelab gergasi Itali, Inter Milan dilaporkan berminat mendapatkan pemain bek kanan Arsenal, Bacary Sagna pada musim panas akan datang ekoran kekecewaan yang dilontarkan oleh pemain berusia 29 tahun terhadap polisi Arsenal awal bulan lalu. Namun, pengurus Arsène Wenger yakin untuk mengekalkan pertahanan antarabangsa Perancis itu di Emirates dengan menawarkan kontrak jangka masa panjang.

Sagna kini disisihkan ekroan mengalami patah kaki pada Mei lalu dan bersedia untuk kembali beraksi dalam tempoh masa terdekat. Kontrak Sagna bakal berakhir pada musim panas 2014 namun Arsenal dilaporkan bersedia membuka pintu rundingan untuk mengekalkan pemain bek kanan berpengalaman Arsenal itu.

Di sebalik prestasi mantap dipamerkan oleh bek kanan muda Arsenal, Carl Jenkinson namun Arsenal kini berusaha untuk memujuk pemain bek kanan Arsenal itu terus kekal bersama The Gunners untuk satu tempoh masa yang panjang.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply