[BULETIN] ARSENE WENGER PERTAHANKAN WOJCIECH SZCZESNY

Arsène Wenger menegaskan Wojciech Szczesny masih kekal selaku penjaga gol no.1 Arsenal meskipun melakukan kesilapan yang menyaksikan Arsenal  berjaya dibolosi buat kali pertama musim ini selepas 4 perlawanan. Penjaga gol antarabangsa Poland ini kembali ke dalam skuad utama Arsenal selepas diketepikan ekoran kecederaan. Kesilapan Szczesny menangkap kemas hantaran Jason Puncheon yang membolehkan Daniel Fox menjaringkan gol sekaligus menamatkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan liga setakat ini.

Namun, Arsene Wenger masih lagi yakin dengan kemampuan Szczesny selaku penjaga gol no.1 Arsenal. Musim lalu, penjaga gol Poland berusia 21 tahun berjaya merampas kedudukan penjaga gol no.1 Arsenal dari manuel Almunia.

“Wojciech (Szczesny) masih no.1 sehingga saya menukar fikiran,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

“Ianya jelas dan mengapa saya mempertahankan jaringan tersebut. Kita tidak boleh menukar penjaga gol setiap kali mereka melakukan kesilapan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada ketiga-tiga penjaga gol. Keyakinan sangat diperlukan.”

“Penjaga gol merupakan posisi di mana keyakinan sangat diperlukan. Mungkin situasi ini meletakkan dirinya (Szczesny) di bawah tekanan kerana dia tahu (Vito) Mannone beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Stoke City dan Liverpool. Saya lihat lihat Szczesny beraksi lebih baik pada separuh masa kedua (ketika menentang Southampton),” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply