[BERITA] K. RAJAGOPAL MINTA PENYOKONG REALISTIK

Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal meminta agar penyokong-penyokong Harimau Malaya agar lebih realistik dan bersabar serta berjanji akan melakukan yang terbaik bagi saingan Piala AFF 2012 dan kelayakan Piala Asia 2015. Desakan agar Datuk K. Rajagopal meletakkan kedengaran ekoran aksi longlai skuad kebangsaan semasa tewas 0-2 kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan minggu lalu.

“Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetap majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan,” demikian luahan kata Datuk K. Rajagopal ekoran desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini.

Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, peminat bola sepak tempatan perlu lebih realistik dan tidak terlalu mendesak, sebaliknya terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Harimau Malaya yang masih dalam proses menjadi pasukan mantap di peringkat Asia.

Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996.

“Takkan apabila tewas 2-0 kepada Vietnam (11 September lalu) yang hanya perlawanan persahabatan dalam tempoh persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012, peluang kita dianggap tertutup. Siapa tak nak buat yang terbaik. Saya akan cuba pastikan Malaysia mara sejauh yang boleh untuk mempertahankan kejuaraan,” jelas K. Rajagopal.

Saingan kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Februari tahun depan dengan 20 pasukan akan dibahagi dalam lima kumpulan merangkumi empat pasukan. Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir di Australia, 4 hingga 26 Januari 2015.

Dalam pada itu, kem latihan pusat skuad kebangsaan kembali disambung di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam sebagai mengisi waktu rehat sementara menunggu saingan suku akhir pertama Piala Malaysia bersambung, 25 September ini.

Sumber : www.bharian.com.my

Incoming search terms:

  • k rajagopal
  • piala aff suzuki 2012
  • rajagopal
  • datuk k rajagopal
This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply