[ARTIKEL] SOUTHAMPTON ATAU SOTON?

Southampton merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terletak di selatan England, 121 km dari ibu kota London. Antara ikon yang menjadi kebanggaan penduduk Southampton ialah Universiti of Southampton, Lapangan Terbang Southampton, Southampton FC, kilang Ford, Carnival Corporation (syarikat kapal mewah), National Health Service (tertua dan terbesar di dunia), dan menempatkan ibu pejabat BBC bagi wilayah selatan selain menjadi bandar pelabuhan dan lokasi pembinaan kapal-kapal mewah.

Bandar ini berada wilayah Hampshire mengcangkupi kawasan seluas 4984 km² dengan kepadatan penduduk 4.454 orang/km². Southampton merupakan antara pelabuhan utama di Eropah yang menjadi ikon kebanggaan penduduk Southampton bergabung bersama Portsmouth yang terletak kira-kira 31 km di barat lautnya bagi membentuk ‘metropolis’. Pelabuhan Southampton turut menjadi lokasi berlepas kapal RMS Titanic pada 10 April 1912 dalam pelayaran menuju ke New York.

Namun, seringkali bandar ini turut dikenali sebagai ‘So’ton’ atau ‘Soton’ manakala penduduk Southampton digelar ‘Sotonian’. Nama ini berasal daripada susur galur perjalanan sejarah yang panjang termasuk sejarah pencerobohan Rom ke atas wilayah ini. Asal usul nama Sotonian merupakan singkatan daripada perkataan ‘Southamptonian’ dalam tajuk-tajuk akhbar atau berita. Namun tiada tarikh tepat mengenai permulaan istilah ini dan dipercayai bermula pada 1957.

Nama sebenar Southampton berasal dari perkataan ‘Hampton’ yang bermaksud ‘penempatan rumah’ namun tetapi dalam sejarah moden ia ditakrifkan sebagai ‘petempatan pada selekoh sungai’ dengan lebih tepat.

Ini merujuk kepada pertempatan di sekitar pinggir sungai dan perkataan ini hanya ditambah selepas hujung abad ke-10. Pada zaman pertengahan, awalan nama ini dieja sebagai ‘Sult’ sementara penduduk tempatan mula digelar ‘Suthamptonman’.

Setelah mengharungi pelbagai perubahan demi perubahan, akhirnya wujud nama Southampton yang kita kenali sekarang ini. Namun, tarikh awal penggunaan istilah ‘Soton’ dan ‘Sotonian’ masih menjadi tanda tanya tetapi nama tersebut menjadi sebutan masyarakat hingga ke hari ini.

This entry was posted in Artikel and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply