[ARTIKEL] 10 STADIUM SUKAN TERBESAR DI DUNIA

Gelanggang sukan menjadi simbol kemegahan dan keutuhan sesebuah kelab atau negara yang hadir dalam pelbagai reka bentuk dan saiz. Kapasiti sesebuah stadium bergantung kepada kegunaan dan jenis sukan. Dewasa ini, stadium menjadi sebahagian dari elemen yang berperanan dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan memperkembangkan pembangunan sukan. Di sini Arsenal4u.com menyenaraikan 10 stadium sukan terbesar di dunia.

1-Stadium Rungrado May Day (Korea Utara)

Stadium yang menjadi kemegahan Korea Utara telah siap dibina pada 1 May 1989 dengan kapasiti seramai 150,000 orang. Stadium serbaguna ini seringkali digunakan dalam penganjuran acara bola sepak namun turut menjadi venue pelbagai acara sukan dan perayaan. Pada 1995, stadium ini mencipta sejarah dengan mencatatkan 190,000 penonton yang datang untuk menyaksikan acara gusti professional.

2-Stadium Salt Lake (India)

Terletak di Bandar Salt Lake di daerah Kolkata, India, stadium serbaguna ini telah siap dibina pada Januari 1984 yang berkeluasan 76.40 ekar (309,200 m2) yang boleh menampung kapasiti seramai 120,000 penonton dalam pelbagai acara sukan termasuk bola sepak dan olahraga serta upacara kebudayaan dan konsert muzikal.

3-Stadium Azteca (Mexico)

Stadium ini terletak di Mexico City, Mexico ini boleh memuatkan seramai 114,465 penonton merupakan gelanggang rasmi bagi skuad bola sepak kebangsaan Mexico. Stadium sukan ketiga terbesar di dunia ini telah siap dibina pada 29 Mei 1966 sebelum menjalani proses pengubahsuaian pada 1985. Stadium ini pernah menganjurkan kejohanan besar dunia termasuk Sukan Olimpik 1968, Piala Dunia FIFA 1970, Piala Dunia FIFA 1986, Piala Dunia FIFA B-17 2011 dan banyak lagi.

4-Stadium Michigan (Amerika Syarikat)

Dikenali sebagai ‘The Big House’, stadium bagi sukan American Football ini merupakan gelangang rasmi bagi University of Michigan telah siap dibina pada 1 Oktober 1927 dengan kos $950,000. Kapasiti asal stadium ini ialah 72,000 sebelum menjalani proses pembesaran beberapa kali sehingga boleh memuatkan 107,501 orang penonton.

5-Stadium Beaver (Amerika Syarikat)

Gelanggang rasmi kelab Amerika Football, Penn State Nittany ini terletak di Universiti Pennsylvania telah siap dibina pada 17 September 1960. Stadium ini telah menjalani proses pembesaran sehingga 2001 kini mampu memuatkan 107,282 pada satu-satu masa. Nama stadium ini adalah sempena nama bekas Gabenor Pennstlvania (1887-1891), James A. Beaver.

6-Stadium Jornalista Mario Filho (Brazil)

Stadium ini turut dikenali sebagai Stadium Maracana merupakan stadium bola sepak terletak di Rio de Janerio, Brazil telah siap dibuka secara rasmi pada 16 Jun 1950 bagi penganjuran Piala Dunia FIFA 1950. Stadium berkapasiti 103,045 penonton ini menjadi gelanggang rasmi bagi skuad kebangsaan Brazil bakal menjadi gelanggang utama penganjuran Piala Dunia FIFA 2014, Piala Konfederasi 2013 dan temasya Sukan Olimpik Rio de Janerio 2016 kelak. Stadium ini pernah mencatatkan kehadiran penonton seramai 199,845 semasa perlawanan akhir Piala Dunia 1950 yang menyaksikan Brazil tumpas 1-2 kepada Uruguay.

7-Stadium Ohio (Amerika Syarikat)

Terletak di dalam kampus Universiti Ohio, stadium ini merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Buckeyes America Football telah sipa dibina pada Oktober 1922. Dengan kapasiti 102,329 penonton ini, stadium yang digelar ‘The Horseshoe’ ini merupakan stadium keempat terbesar di Amerika Syarikat pernah mencatatkan kehadiran tertinggi pada 12 September 2009 dengan jumlah penonton seramai 106,033 orang.

8-Stadium Neyland (Amerika Syarikat)

Sebuah lagi stadium Amerika Football yang menjadi gelanggang rasmi pasukan Tennessee Volunteers terletak di Knoxville, Tennessee ini berkapasiti 102,000 penonton telah dibuka secara rasminya pada 21 September 1921. Stadium turut menjalani proses pembesaran demi pembesaran sebanyak 16 kali untuk menampung jumlah penonton yang kian bertambah pernah mencatatkan jumlah penonton tertinggi pada 18 September 2004 dengan penonton seramai 109,061 orang.

9-Stadium Bryant-Denny (Amerika Syarikat)

Dibuka secara rasmi pada 28 September 1929, stadium ini merupakan gelanggang rasmi bagi pasukan Amerika Football Universiti Albama. Stadium berkapasiti 101,821 penonton ini terletak di Tuscaloosa, Alabama diberi nama hasil gabungan dua nama George Hutchenson Denny, bekas Presiden Universiti Alabama dan Paul ‘Bear’ Bryant, bekas pengurus lagenda pasukan Amerika Football Universiti Alabama.

10-Stadium Nasional Bukit Jalil (Malaysia)

Stadium serbaguna ini terletak kira-kira 20 km daripada pusat bandar Kuala Lumpur telah siap sepenuhnya pada 1 Januari 1998 bagi penganjuran Sukan Komanwel 1998. Stadium berkapasiti 100,200 penonton ini telah menelan belanja RM800 juta  merupakan gelanggang rasmi skuad bola sepak kebangsaan Malaysia. Selain itu, stadium ini turut menjadi venue penganjuran pelbagai acara termasuk perhimpunan, konsert, dan pelbagai acara sukan.

Dikemaskini pada 13 September 2012

Incoming search terms:

  • stadium paling besar di dunia
  • stadium nasional bukit jalil
  • stadIUM terbesar di dunia 2012
  • gelanggang terbesar
  • stadium badminton terbesar di dunia
  • kapasiti stadium bukit jalil
  • kapasiti stadium terb
  • padang hoki terbesar di dunia
  • pembesaran stadium nasional bukit jalil
  • 10 stadium terbesar dimalaysia
This entry was posted in Artikel and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply